MAHRAM | Mahram, lelaki dan perempuan yang diharamkan berkahwin. Para fuqaha telah membahagikan pengharaman berkahwin antara lelaki dan perempuan kepada dua kategori iaitu Haram Mu‘abbad dan Haram Mu‘aqqat. Dalam kategori yang pertama, lelaki dan perempuan diharamkan berkahwin disebabkan tiga perkara iaitu nasab keturunan, persemendaan, dan penyusuan. | AGAMA | Konsep |
BIGAMI | Bigami ialah perbuatan salah yang dilakukan oleh lelaki atau wanita dengan berkahwin dua (atau lebih) pada satu masa. Di beberapa negara, berkahwin lebih daripada seorang pada satu masa dibenarkan. | UMUM | |
MALAIKAT | Malaikat ialah makhluk yang dijadikan daripada cahaya, tidak makan, tidak minum, tidak tidur dan tidak berkahwin, tidak menderhakai perintah Allah SWT bahkan menjalankan semua perintah-Nya dan segala kerja yang ditugaskan oleh Allah kepada mereka. Beriman kepada para malaikat merupakan rukun iman yang kedua. Tidak sah iman seseorang kecuali dia beriman kepada malaikat. | UMUM | |
EDAH | Edah iaiah satu tempoh yang dihabiskan oleh seseorang perempuan selepas dijatuhi talak atau kematian suami. Sepanjang tempoh ini dia tidak dibenarkan berkahwin dengan orang lain. | UMUM | |
KELLY, GRACE | Kelly, Grace (1929–1982), Puteri Grace dari Monaco ialah pelakon filem Amerika yang terkenal sebelum dia berkahwin dengan Putera Rainier III dari Monaco pada tahun 1956 (lihat Rainier III). Dia meninggal dunia selepas kemalangan jalan raya berhampiran Monaco. | UMUM | |
AGAMEMNON | Agamemnon dalam mitologi Yunani, memimpin tentera Yunani yang menakluki Troy dalam Perang Trojan. Agamemnon ialah Raja Mycenae (atau Argos). Dia berkahwin dengan Puteri Clytemnestra. Anak-anaknya termasuk Electra, Iphigenia, dan Orestes. | UMUM | |
PERKAHWINAN | Perkahwinan ialah perhubungan antara lelaki dan perempuan yang telah membuat perjanjian yang sah untuk hidup bersama-sama. Apabila seorang lelaki dan seorang perempuan berkahwin, mereka menjadi suami isteri. Perkahwinan juga merupakan satu majlis keagamaan yang penting dalam kebanyakan agama di dunia. | UMUM | |
NIOBE | Niobe ialah permaisuri dalam mitologi Yunani yang terkenal kerana perkabungannya yang abadi atas kematian anak-anaknya. Niobe adalah anak Raja Tantalus dan Permaisuri Dione, dan berkahwin dengan Amphion, Raja Thebes. Dia bermegah mengatakan disebabkan enam atau tujuh anak lelakinya yang gagah dan enam atau tujuh anak perempuan yang cantik-cantik, dia berhak dimuliakan lebih daripada dewi Leto, yang hanya mempunyai dua orang anak, Apollo dan Artemis. Leto yang marah memerintahkan Apollo dan Artemis membunuh anak-anak Niobe menggunakan panah. Niobe sangat berdukacita dan menangisi kematian anak-anaknya tanpa henti. Dewa yang kasihan dengan keadaannya telah menukarkannya menjadi batu yang mengeluarkan air seperti air mata. Menurut sejarah, batu yang mempunyai air terjun di bawahnya terletak di Gunung Sipylon di tempat yang kini ialah Turki. | UMUM | |
PLANTAGENET | Plantagenet ialah nama keluarga keturunan raja- Raja yang memerintah England dari tahun 1154 hingga 1399. Raja-raja tersebut adalah keturunan Matilda, puteri Raja Henry I yang berkahwin dengan Geoffrey, bangsawan dari Anjou, Perancis. Geoffrey dikenali sebagai Plantagenet kerana baginda memakai setangkai broom, iaitu sejenis tumbuhan dengan bunga berwarna kuning atau putih pada topinya. Ramai ahli sejarah menggelarkan raja-raja ini sebagai Angevins yang bermaksud dari Anjou . | UMUM | |
PYRAMUS DAN THISBE | Pyramus dan Thisbe adalah sepasang kekasih dalam legenda purba. Pyramus dan Thisbe hidup berjiran di Babylon. Mereka jatuh cinta, tetapi ditentang oleh ibu bapa kedua-dua pihak. Mereka tidak dibenarkan berkahwin ataupun bergaul sesama sendiri. Mereka terpaksa bercakap melalui rekahan dinding di antara rumah mereka. | UMUM | |