PANTUN BERKAIT | PANTUN BERKAIT, genre pantun Melayu. Pantun berkait dikenal juga sebagai pantun berikat. Pantun ini wujud dalam masyarakat Melayu dan menjadi milik bersarna masyarakat sejak mereka belum tahu menuIis dan membaca. | SASTERA | Konsep |
MESIN PENGAIT | Mesin pengait ialah alat untuk membuat fabrik berkait. Sebagaimana mengait tangan, mesin pengait menghasilkan fabrik dengan membentuk gelung pada benang dan merangkaikannya antara satu dengan yang lain dengan menggunakan jarum. Bagaimanapun, mesin pengait menggunakan banyak jarum dan dapat mengait daripada 100 000 jahitan hingga lebih daripada tujuh juta jahitan dalam tempoh seminit. Mesin pengait membuat pelbagai jenis fabrik daripada kain renda yang halus hinggalah kepada ambal yang berat. Hasil fabrik berkait yang lain, termasuk hosiery pelbagai jenis pakaian yang lain, dan langsir. | UMUM | |
ENDIVE | Endive ialah sayur berdaun yang berkait rapat dengan cikori. Ia tumbuh liar di Hindia Timur, tetapi ditanam di bahagian lain di dunia. | UMUM | |
MAMOT | Mamot ialah haiwan prasejarah yang berkait rapat dengan gajah yang ada pada hari ini. Mamot merupakan haiwan yang besar dan berat. | UMUM | |
GERAKAN SENI DAN KRAF | Pergerakan seni gunaan yang pengaruhnya berkait dengan seni reka bentuk dalaman dan seni bina. Pergerakan abad ke-19 ini tersebar luas di Britain dan Amerika. Ia memberi penekanan terhadap kraf dan mutu reka bentuk yang tinggi bagi menghasilkan objek-objek dan peralatan kegunaan harian. | KEJURUTERAAN | Peristiwa |
ANGSA | Angsa ialah sejenis burung air yang berkait rapat dengan itik dan swan. Seperti itik dan swan, angsa mempunyai paruh yang pipih; leher yang panjang; bulu tak telap air; sayap yang panjang, runcing; ekor yang pendek; kaki yang pendek dan merupakan kaki renang. Tetapi angsa lebih besar daripada itik dan lebih kecil daripada swan, dan angsa mengeluarkan bunyi ang bukannya menguek atau bersiul. Angsa jantan dikenali sebagai “ganders” dalam bahasa Inggeris. | UMUM | |
SULFONAMIDA | Sulfonamida ialah sebarang kumpulan sebatian antibakteria yang berkait secara kimia. Sulfonamida merupakan ubat pertama yang terbukti selamat dan berkesan bagi menentang banyak jangkitan bakteria biasa. Sulfonamida memainkan peranan utama dalam merawat antibakteria dari akhir tahun 1930-an hingga pertengahan tahun 1940-an, apabila penisilin dapat diperoleh dengan banyaknya. Bilangan kematian yang disebabkan banyak penyakit berjangkit menurun dengan mendadak disebabkan penemuan sulfonamida. Ubat-ubatan tersebut membantu menyelamatkan banyak nyawa semasa Perang Dunia II (1939–1945). Kini, para doktor menyarankan penggunaan sulfonamida, khususnya untuk merawat jangkitan salur kencing. | UMUM | |
KUCAI | Kucai ialah sayur hijau yang berkait rapat dengan bawang. Kucai tumbuh liar di Eropah dan Asia. Akarnya ialah bebawang kecil berbentuk telur, yang darinya tumbuh daun yang panjang, halus bak tiub. | UMUM | |
ELEKAMPANE | Elekampane ialah tumbuhan saka kasar yang berkait rapat dengan aster. Ia tumbuh sebagai rumpai di tepi jalan, tetapi ia pernah ditanam dengan meluas untuk tujuan perubatan. | UMUM | |
MANGELWURZEL | Mangelwurzel adalah pelbagai jenis bit yang berkait rapat dengan gula bit dan ubi pokok bit. Ia kadangkala dikenali sebagai mangold atau bit ladang yang banyak ditanam di Eropah dan Kanada. | UMUM | |