Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.bo.lé.han] | برکيبوليهان

Definisi : mempunyai kelayakan (kecekapan): lebih ramai lagi wanita yg ~ tampil ke muka utk memasuki barisan menjaga keselamatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkebolehan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RICHELIEU, CARDINAL

Richelieu, Cardinal (1585–1642), salah seorang

negarawan Perancis yang sangat berkebolehan.

Dia menjadi pemerintah Perancis yang sebenar

lebih daripada 18 tahun dan memperkukuhkan

pemerintahan beraja Perancis.

UMUM 
SUCRE, ANTONIO JOSÉ DE

Sucre, Antonio José de (1795–1830), tokoh yang

membebaskan Ecuador dan Bolivia daripada

penjajahan Sepanyol dan memegang jawatan sebagai

presiden pertama Bolivia. Dia ialah jeneral yang

paling berkebolehan pada zamannya. Kemenangannya

di Ayacucho pada tahun 1824 menamatkan

pemerintahan Sepanyol di Amerika Selatan.

UMUM 
OBREGÓN, ÁLVARO

Obregón, Álvaro (1880–1928) ialah askar,

negarawan, dan peladang ternakan Mexico yang

menggantikan Venustiano Carranza sebagai

presiden Mexico, pada tahun 1920 (lihat Carranza,

Venustiano ). Obregon adalah salah seorang

pemimpin Revolusi Mexico yang paling

berkebolehan. Dia dipilih semula menjadi presiden

pada tahun 1928, tetapi dibunuh sebelum sempat

menjawat jawatan itu.

UMUM 
‘ABDULLAH IBN ‘AMRU

‘Abdullah ibn ‘Amru(7 S.H.–65 H./616 M.–684

M.), sahabat besar yang berasal dari Makkah dan

termasuk golongan Muhajirin. Nama penuhnya

‘Abdullah ibn ‘Amru ibn al-As. Dia telah memeluk

Islam sebelum bapanya ‘Amru ibn al-As. Dia sentiasa

bersama-sama Rasulullah SAW dan merupakan orang

yang paling banyak meriwayatkan hadith. Dia juga

berkebolehan dalam menulis dan membaca

semenjak kecil lagi dan turut mempelajari bahasa

Suryani serta mampu menulis dengan baik dalam

bahasa ini.

UMUM 
MANANG

MANANG, individu dalam masyarakat Iban, yang berkebolehan menyembuh atau mengubat penyakit. Manang boleh mengubati penyakit sebagaimana bomoh atau pawang. Dalam masyarakat Iban, manang dianggap sebagai khunsa dan berupaya menerima kuasa luar biasa.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
PUJANGGA ISTANAPUJANGGA ISTANA, penulis teks raja-raja Melayu. Dalam sistem pemerintahan raja-raja Melayu zaman dahulu, istana menjadi pusat segala aktiviti termasuk penulisan. Raja melantik seseorang yang berkebolehan untuk menjadi jurutulisnya terutama apabila ada utusan hendak dihantar kepada raja di negeri lain. Biasanya jurutulis hanya menulis tetapi yang sebenar mengarang surat itu ialah orang lain yang cekap dalam penggunaan bahasa. Orang ini bergelar pujangga istana atau bujangga istana.SASTERAKonsep
SERI PANGGUNG

SERI PANGGUNG, gelaran untuk watak wirawati dalam drama bangsawan. Dalam persembahan bangsawan, apabila seseorang sudah bergelar seri panggung bererti orang itu pelakon yang terkenal dan serba berkebolehan.  Pelakon utama lelaki dalam bangsawan  pula dipanggil orang muda.

BUDAYAJawatan/Gelaran
ILMU HITAM

ILMU HITAM, kuasa alam dalam masyarakat Melayu tradisional. Kuasa ini digunakan untuk melakukan sesuatu yang jahat. Penguasaan ilmu ini disebarkan secara sulit. Hanya bomoh atau pawang yang mahir tentang ilmu hitam ini dianggap pakar atau orang yang berkebolehan, tetapi mereka ini dipandang rendah oleh masyarakat.

BUDAYAKonsep
MUHAMMAD SYAWQIY

Muhammad Syawqiy (1244 H.–1304 H./1828 M.–

1887 M.) ialah penulis khat agung Turki. Dia terkenal

dengan bidang kesenian penulisan khat Arab.

Selepas itu hasil kerjanya lebih dikenali dengan

nama “Madrasah Syawqiy” (Sekolah Syawqiy).

Muhammad Syawqiy lahir di Saiyidlar, Laut Hitam

dan berpindah ke Istanbul semenjak kecil kerana

bersekolah. Dalam masa itu juga dia mempelajari

khat melalui bapa saudaranya Muhammad Khalusiy

hingga dia mendapat ijazah pada tahun 1841 M.

Selepas itu, dia menolak untuk belajar dengan

sesiapa pun kerana mengiktiraf bapa saudaranya

yang serba berkebolehan. Dia hanya belajar

daripada penulis khat ternama seperti al-Hafiz

Uthman, Ismail al-Zuhdiy dan Mustafa Raqim

sehingga dia mampu mencipta cara tersendiri

dalam penulisan dan diikuti orang lain selepasnya.

UMUM 
ABU ZAYD AL-ANSARIY

Abu Zayd al-Ansariy ( ?–251 H./ ? –830 M.),

pakar ilmu nahu dan pengarang buku-buku sastera

dan bahasa. Nama penuhnya ialah Sa‘id ibn Aws ibn

Thabit al-Ansariy. Dia ialah imam yang terkenal.

Dia mampu menguasai ilmu bahasa dan ilmu-ilmu

yang sukar dikuasai oleh orang lain. Dia berguru

dengan Abu ‘Amru ibn al-‘Ala’, Ru’yah ibn al-‘Ajaj,

‘Amru ibn ‘Abid, Abu Hatim al-Sajistaniy, Abu

‘Ubayd al-Qasim ibn Salam, ‘Umar ibn Shu‘bbah dan

sekumpulan tokoh lain. Abu al-‘Abbas pernah

berkata, “Abu Zayd seorang yang berkebolehan

dalam ilmu nahu tetapi masih tidak mampu

menyaingi al-Khalil dan Sibawayh. Sekalipun Yunus

menyamainya dalam penguasaan ilmu bahasa,

namun Yunus lebih mengatasinya dalam ilmu nahu.

Abu Zayd ialah orang ketiga dalam penguasaan

ilmu nahu”.

UMUM 
12

Kembali ke atas