Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.la.ya.kan]/ | برکلايقن

Definisi : mempunyai kelayakan, ber­kebolehan, cekap: seorang pegawai yg ~ dihantar utk memeriksa hal ehwal kewangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.la.ya.kan]/ | برکلايقن

Definisi : mempunyai kebolehan atau kecekapan: Orang yg ~ saja yg diminta memohon. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
layak (adjektif)
Bersinonim dengan padan, patut, sesuai;,
Kata Terbitan : selayaknya, melayakkan, kelayakan, berkelayakan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANDERSON, ELIZABETH GARRETT

Anderson, Elizabeth Garrett (1836–1917)

merupakan doktor perintis wanita Inggeris. Selepas

menerima penentangan yang hebat, dia berkelayakan

menjadi doktor pada tahun 1865. Pada tahun 1870, dia

memperoleh ijazah perubatan di University of Paris.

Selama hampir 30 tahun, dia merupakan satu-satunya

ahli wanita British Medical Association. Dia

merupakan ketua jabatan London School of

Medicine for Women selama 20 tahun. Anderson

lahir di London, tempat terletaknya sebuah hospital

yang mengambil sempena namanya.

UMUM 
BHUTTO, ZULFIKAR ALI

Bhutto, Zulfikar Ali (1928–1979) ialah presiden

dan perdana menteri Pakistan dari tahun 1971

hingga tahun 1977. Dia lahir di daerah Larkana

di wilayah Sindh. Bhutto mendapat pendidikan

di University of California Amerika Syarikat dan

Oxford University, England. Dia berkelayakan

sebagai barrister . Dari tahun 1958 hingga tahun

1966, dia berkhidmat sebagai menteri dalam

kerajaan Pakistan. Dia meletakkan jawatan pada

tahun 1966 untuk menubuhkan Pakistan People’s

Party (PPP).

UMUM 

Kembali ke atas