Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.li.ling] | برکليليڠ

Definisi : 1. bergerak melingkari atau di sekitar sesuatu (tempat, benda, dll): baginda pun beraraklah tujuh kali ~ kota; 2. berjalan berpusing-pusing (ke merata arah dan tempat), berjalan dsb merata tempat: maka Laksamana pun ~ mencari, tiada juga bertemu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.li.ling] | برکليليڠ

Definisi : 1 bergerak di keliling sesuatu (tempat, benda dll): Kami kemudian berjalan pula ~ Kaabah tujuh kali. 2 berjalan dan berpusing-pusing (berputar-putar); meronda: Puas saya ~ di bandar mencarinya tetapi tidak juga bertemu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
keliling (kata nama)
1. Bersinonim dengan lilitan: lingkungan, litaran, lingkaran,

Kata Terbitan : berkeliling, mengelilingi, pekeliling,

Puisi
 

Kampung Jambak menyisir rimba,
     Di balik kampung Mandaling;
Sedang dusanak lagi tak hiba,
     Konon kok orang berkeliling.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SIKLOTRON

Siklotron ialah mesin yang memecut zarah

atom bercas elektrik kepada tenaga tinggi. Ia

adalah sejenis pemecut zarah yang menjadikan

zarah bergerak berkeliling. Siklotron memecut

zarah yang berbeza-beza jisimnya daripada

proton hingga kepada nukleus berat. Kebanyakan

zarah mencapai tenaga dari 10 juta hingga 50 juta

elektron volt. Malah, beberapa zarah mencapai

tenaga yang lebih tinggi.

UMUM 

Kembali ke atas