Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.lom.po/] | برکلومڤوق

Definisi : bersatu (berhimpun, berga­bung) menjadi kelompok (golongan kecil dll), berkumpul (bkn orang dll), (berada) berde­katan atau berdampingan hingga merupakan suatu kelompok atau kumpulan kecil: beberapa orang pekerja berehat ~ di bawah pokok; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.lom.po/] | برکلومڤوق

Definisi : berkumpul menjadi kelompok; bergugus-gugus: Mereka duduk ~-kelompok, tiap-tiap kelompok sepuluh orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kelompok (kata nama)
1. Bersinonim dengan gugusan: kumpulan, himpunan, gerombol puak, kelas, kaum, kobok, orang gerombongan, rombongan, pasukan, gelung, regu, toboh,

2. Bersinonim dengan tumpak: longgok, gundukan, rangkai, gugus, tompok, timbunan, pusu, busut,

Kata Terbitan : kelompokan, berkelompok,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SERANGGA SISIK

Serangga sisik ialah satu daripada banyak

jenis serangga penghisap yang memakan

tumbuhan. Serangga sisik berkelompok pada

tumbuhan, menghisap jus melalui muncungnya

yang halus, bak tiub.

     Serangga sisik betina melakukan kebanyakan

kerosakan. Serangga sisik jantan dewasa hanya

hidup cukup lama untuk mensenyawakan telur

serangga betina. Kebanyakan jenis serangga betina

berbentuk bujur. Panjangnya dari satu milimeter

hingga 2.5 sentimeter, bergantung pada

spesiesnya. Serangga sisik mendapat namanya

daripada kulitnya yang melekit atau bersisik yang

meliputi badannya. Sesetengah jenis serangga

betina hampir tidak kelihatan seperti serangga

sama sekali. Ia tidak mempunyai mata, sesungut

dan kaki dan jarang bergerak.

Ahli sains mengetahui lebih daripada 2000 jenis

serangga sisik. Serangga sisik San Jose adalah yang

terkenal dan paling berbahaya. Ia memakan banyak

jenis pokok buah dan pokok renek. Ia pertama kali

dijumpai di Amerika Syarikat dekat San Jose,

California, kira-kira pada tahun 1870. Satu lagi

serangga sisik yang menyerang pokok buah, iaitu

serangga sisik kekapas, yang pada satu masa

mungkin memusnahkan semua jenis pokok sitrus

di California.

Sesetengah serangga sisik adalah berguna.

Syelek, iaitu varnis yang didapati berasal daripada

serangga sisik yang dinamakan serangga lak (lihat

Lak ). Cochineal, iaitu pewarna, didapati daripada

serangga sisik cochineal . Satu jenis serangga sisik

digunakan sebagai barang kemas. Serangga ini

diliputi cangkerang, yang dikenali sebagai mutiara

tanah .

Pengelasan saintifik. Serangga sisik adalah anggota

order Hemiptera .

UMUM 
KELADI LEMBAYUNG

Keladi lembayung atau keladi bunting ialah

tumbuhan yang tumbuh terutamanya di kawasan

tropika di dunia. Ia terapung di tasik, sungai, dan

paya dan tumbuh setinggi kira-kira 60 sentimeter

tingginya di atas air. Ia mempunyai sebanyak 38

kuntum bunga ungu yang berkelompok di

sekeliling bahagian atas batangnya.

UMUM 
OLYMPIAD

Olympia ialah lembah yang terletak kira-kira 18

kilometer dari Pirgos, Greece. Pada zaman purba,

agama, politik, dan olahraga berpusat di Olympia.

Sukan Olimpik dilangsungkan di sini setiap empat

tahun sekali. Semua bangunan yang terdapat di

Olympia dibina bagi tujuan pemujaan atau sukan.

Bangunan keagamaan dibina berkelompok di

Altis (dusun suci), yang terletak di tempat Sungai

Cladeus mengalir ke dalam Sungai Alpheus.

Bangunan ini termasuklah kuil Zeus dan Hera,

Pelopion, Philippeion, dan altar besar.

UMUM 
OLYMPIA

Olympia ialah lembah yang terletak kira-kira 18

kilometer dari Pirgos, Greece. Pada zaman purba,

agama, politik, dan olahraga berpusat di Olympia.

Sukan Olimpik dilangsungkan di sini setiap empat

tahun sekali. Semua bangunan yang terdapat di

Olympia dibina bagi tujuan pemujaan atau sukan.

Bangunan keagamaan dibina berkelompok di

Altis (dusun suci), yang terletak di tempat Sungai

Cladeus mengalir ke dalam Sungai Alpheus.

Bangunan ini termasuklah kuil Zeus dan Hera,

Pelopion, Philippeion, dan altar besar.

UMUM 
PERANCANGAN TARAF BAHASA MELAYU

PERANCANGAN TARAF BAHASA MELAYU, usaha mendaulatkan bahasa Melayu. Apabila kita mengambil tindakan secara bersendirian atau berkelompok untuk menjadikan suatu bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi sesebuah negara, atau mengenakan syarat-syarat kepada masyarakat supaya menggunakan suatu bahasa, maka proses itu diistilahkan sebagai proses perancangan taraf bahasa. Sebaliknya, apabila kita menjalankan usaha untuk membentuk atau menyelaraskan ejaan, sebutan, imbuhan, perkataan, istilah, tatabahasa dan menyusun dan menyelaraskan makna perkataan serta penggunaannya, maka proses itu diistilahkan sebagai proses perancangan bahan atau korpus bahasa.

BAHASABahasa
JURUSELAM

JURUSELAM,  ketua dan pakar dalam sesebuah unit penangkapan ikan di laut secara berkelompok.  Di pantai barat, dan bagi sesetengah bot besar yang menggunakan pukat jerut dan pukat tunda di pantai timur, perkataan ‘taikong’ digunakan sebagai ganti pada panggilan ‘juruselam’.  Ini bermakna perkataan ‘juruselam’ umumnya digunakan untuk unit penangkapan ikan yang menggunakan alatan tradisi, manakala ‘taikong’ sebagai seorang ketua adalah untuk unit penangkapan ikan yang menggunakan alat moden.

BUDAYATokoh
PERTUBUHAN SUKARELA

PERTUBUHAN SUKARELA, badan yang keahliannya secara sukarela. Kebebasan berpersatuan dan kewujudan pertubuhan sukarela adalah satu ciri penting dalam sistem demokrasi. Sungguhpun kebebasan itu perlu disesuaikan dengan keperluan dan kepentingan setempat namun, pertubuhan jenis ini menjadi saluran terpenting bagi manusia memenuhi hasrat dan naluri semula jadi untuk hidup berkelompok atau berkumpulan. Sistem demokrasi menggalakkan kewujudan berbagai-bagai bentuk dan jenis persatuan atau pertubuhan sukarela kerana dengan demikian sahajalah tercapainya suatu bentuk keseimbangan dalam masyarakat yang boleh mengurangkan pula kemungkinan tercetusnya ketegangan yang boleh menggugatkan sistem itu sendiri.

BUDAYAPersatuan
PERKEMBANGAN PERSATUAN-PERSATUAN MELAYU

PERKEMBANGAN PERSATUAN-PERSATUAN MELAYU, perkembangan penubuhan organisasi sosial dan separa politik di negeri-negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat.  Penubuhan persatuan-persatuan ini berlaku sejak awal abad ke-20 dengan cara kecil-kecilan, terpencil dan berkelompok.  Penubuhannya merupakan satu usaha untuk membaiki keadaan sosial, kebudayaan, sastera dan bahasa Melayu.  Di samping itu persatuan tersebut menjalankan kegiatan ekonomi seperti syarikat kerjasama jimat cermat dan perniagaan kraf tangan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas