Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.kém.pén] | برکيمڤين

Definisi : melancarkan (menjalankan) kem­pen: pegawai penerangan parti itu sedang giat ~ membidas dasar-dasar ekonomi parti yg memerintah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.kém.pén] | برکيمڤين

Definisi : melancarkan atau menjalankan kempen. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkempen


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUIR, JOHN

Muir, John (1838–1914), penjelajah Amerika, ahli

alamiah, dan penulis, berkempen bagi

pemuliharaan tanah, air dan hutan di Amerika

Syarikat. Usahanya mempengaruhi Kongres untuk

meluluskan rang draf undang-undang Taman

Negara Yosemite pada tahun 1890, menubuhkan

Taman Negara Yosemite dan Sequoia. Muir

membantu memujuk Presiden Theodore Roosevelt

untuk menyediakan kawasan seluas 59 900 000

hektar untuk hutan simpan. Hutan redwood dekat

San Francisco dinamakan Muir Woods pada tahun

1908 sebagai menghargai jasanya.

UMUM 
KARTINI, RADEN AJENG

Kartini, Raden Ajeng (1879–1904), salah seorang

wanita pertama Indonesia yang berkempen untuk

mendapatkan pendidikan, kebebasan dan

kemerdekaan yang lebih untuk kaum wanita.

UMUM 
STEINEM, GLORIA

Steinem, Gloria (1934– ) ialah pengarang

Amerika dan penyokong kuat pergerakan

kebebasan wanita di Amerika Syarikat. Dia telah

berkempen untuk mendapatkan hak wanita dalam

pekerjaan, politik, dan kehidupan sosial. Pada

tahun 1972, Steinem menerbitkan majalah Ms.,

iaitu sebuah majalah yang diterbitkan dan disunting

oleh wanita. Majalah tersebut mengandungi

rencana berkenaan peluang kerjaya dan cara

hidup yang lebih bermakna bagi wanita.

UMUM 

Kembali ke atas