Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.nan] | برکنن

Definisi : 1. bersetuju di hati, berasa gembira (puas hati, senang hati): maka Sultan Mansor Shah pun ~ mendengar bunyi surat itu; ~ pd = ~ di hati disukai (diminati, disenangi): yg mana ~ pd encik, ambillah; buat masa ini belum ada gadis yg ~ di hati Nasir; 2. (kata kehormatan yg digunakan utk raja atau orang atasan dgn maksud) bersetuju (melakukan sesuatu, menunaikan permintaan utk), sudi: Duli Yang Maha Mulia Sultan telah ~ meletakkan batu asas bangunan itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.nan] | برکنن

Definisi : 1 bersetuju di hati; gemar; suka: Ambillah buku itu jika engkau ~. 2 dgn suka hati; sudi: Baginda ~ menyampaikan hadiah kpd pemenang-pemenang dlm pertandingan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kenan1
Kata Terbitan : berkenan, memperkenankan, perkenan,

Puisi
 

Singgah berlabuh di Tanjung Jati,
     Nakhodanya pakai si baju merah;
Berasa berkenan di dalam hati,
     Abang nak tegur takut dimarah.


Lihat selanjutnya...(24)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RAJA JAAFAR

RAJA JAAFAR (  ? – 1830), Yang Dipertuan Muda Riau yang keenam (1806-1830). Raja Jaafar adalah putera Raja Haji.  Sultan Mahmud Syah III berkenan melantiknya sebagai Yang Dipertuan Muda Riau yang Keenam menggantikan Raja Ali, Yang Dipertua Muda Riau yang kelima, yang meninggal dunia pada tahun 1806. Pelantikan Raja Jaafar dilakukan di Lingga. Dengan pelantikan tersebut, Raja Jaafar telah berpindah dari kediamannya di Kelang, Selangor ke Pulau Penyengat, Riau. Pusat pemerintahannya dinamakan Kota Rentang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas