Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.sem.pa.tan] | برکسمڤتن

Definisi : ada kesempatan (peluang) utk: kadangkala apabila ~, dia pulang men-jenguk ibunya di kampung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.sem.pa.tan] | برکسمڤتن

Definisi : ada atau mendapat kesempatan; ber­pe­luang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sempat (adjektif)
Bersinonim dengan ada peluang, sampang, kober, masih ada masa;,
Kata Terbitan : menyempat, menyempatkan, kesempatan, berkesempatan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
‘ABDULLAH IBN UMAR

‘Abdullah ibn Umar (10 S.H.–73 H./613 M.–692

M.), salah seorang daripada sahabat besar. Nama

penuhnya ialah ‘Abdullah ibn Umar bin al-Khattab.

Walau bagaimanapun, dia tidak berkesempatan

untuk berperang dalam Perang Badar dan Uhud

lantaran usianya yang masih kecil. Dia mula

berjuang dalam Perang Khandaq dan dia ikut serta

dalam kesemua perang bersama-sama Rasulullah SAW.

Dia juga mempunyai hubungan yang rapat dengan

Rasulullah SAW berikutan kedudukan bapanya dan

kakaknya Hafsah sebagai Umm al-Mukminin.

UMUM 
MOKHTAR YASSIN

MOKHTAR YASSIN (1937-    ), penyair dan penulis. Dia lahir pada 29 Mac 1937 di Sungai Rambai, Melaka. Dia menerima pendidikan awal di sekolah Melayu, sebelum melanjutkan pelajaran di Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim (1956) dan Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur (1959). Kemudian dia melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang hingga memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera. Dia juga berkesempatan mengikuti Kursus Penilaian Sekolah di Australia Council for Educational Research, di Melbourne.

SASTERATokoh
RUKIAH ABU BAKAR

RUKIAH ABU BAKAR (1939 –    ), penulis.  Dia lahir pada 23 November 1939, di Rengit, Batu Pahat, Johor.  Dia pernah menggunakan nama samaran Yahmila.  Dia mendapat pendidikan awal hingga Darjah Enam di Sekolah Melayu Rengit, Batu Pahat (1949 – 1953).  Setelah menamatkan pelajarannya, Rukiah menjadi guru pelatih dan ebrtugas di Sekolah Melayu Mawar, Sungai Tongkang, Rengit (1954 – 1958).  Rukiah juga pernah mengajar di Sekolah Kebangsaan Seri Sinaran, Tampok, Benut, Pontian.  Di samping mengajar, Rukiah berkesempatan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (1967) dan Sijil Tinggi Persekolahan.

SASTERATokoh

Kembali ke atas