SHULTZ, GEORGE PRATT | Shultz, George Pratt (1920– ), berkhidmat sebagai Setiausaha negara dalam pentadbiran Presiden Ronald Reagan dari tahun 1982 hingga tahun 1989. Sebelum itu dia memegang beberapa jawatan penting semasa berkhidmat dengan Presiden Richard M. Nixon. Shultz juga berkhidmat di Amerika Syarikat dan di luar negara sebagai penasihat kerajaan dan kumpulan pengurusan dan buruh. Sebagai penimbang tara dalam pertikaian buruh, dia terkenal kerana sikap adilnya dan keupayaannya mencari jalan penyelesaian. | UMUM | |
MINISTER | Minister, dalam agama Kristian, bermaksud seseorang yang berkhidmat. Perkataan minister ialah perkataan Latin yang bermaksud orang yang berkhidmat . Dalam ajaran agama Protestan terutamanya, minister merupakan golongan paderi yang ditahbiskan dan selalunya bertindak sebagai pastor dalam sesuatu jemaah. Selain mengendalikan upacara sembahyang, minister yang ditahbiskan juga mengendalikan sakramen, berkhutbah dan bertanggungjawab ke atas jemaah. Minister yang tidak ditahbiskan, boleh membantu mengendalikan upacara sembahyang. Contohnya, mereka selalunya membaca bahagian liturgi dan pelajaran tertentu dan membantu mengedarkan Perjamuan Suci. Dalam Gereja Roman Katolik, Gereja Ortodoks, dan Gereja England, paderi merupakan minister yang ditahbiskan. | UMUM | |
ROMULO, CARLOS PENA | Romulo, Carlos Pena (1899–1985) ialah diplomat dan penulis Filipina, pernah berkhidmat sebagai setiausaha (kemudian menteri) bagi hal ehwal luar Filipina dari tahun 1965 hingga tahun 1984. Romulo berkhidmat sebagai duta besar Filipina ke Amerika Syarikat, pada tahun 1952 dan 1953, dan dari tahun 1955 hingga tahun 1962. Dia mewakili negaranya ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dari tahun 1946 hingga tahun 1954. Pada tahun 1949, dia menjadi orang Asia yang pertama memegang jawatan presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu. Romulo mewakili Filipina dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1957. Dia berkhidmat sebagai presiden University of the Philippines dari tahun 1962 hingga tahun 1969, dan juga memegang jawatan setiausaha pendidikan dari tahun 1966 hingga tahun 1969. | UMUM | |
ANGKATAN TENTERA MARIN | Angkatan tentera marin ialah tentera yang berkhidmat di laut dan dalam misi khas di darat dan di udara. Angkatan tentera marin juga berkhidmat dalam operasi amfibia – operasi yang melibatkan tentera laut, tentera udara dan tentera darat. | UMUM | |
MENZIES, SIR ROBERT GORDON | Menzies, Sir Robert Gordon (1894–1978), berkhidmat sebagai Perdana Menteri Australia selama dua tempoh, tahun 1939 hingga tahun 1941 dan tahun 1949 hingga tahun 1966. Dia merupakan perdana menteri yang paling lama berkhidmat dalam sejarah Australia. Menzies membantu menubuhkan Parti Liberal dan menguasai politik Australia semasa tahun 1950-an dan 1960-an. | UMUM | |
ANDROPOV, YURI VLADIMIROVICH | Andropov, Yuri Vladimirovich (1914–1984), berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Parti Komunis Kesatuan Soviet dari bulan November 1982 hingga kematiannya pada bulan Februari 1984. Pada masa itu, jawatan Setiausaha Agung sangat berkuasa di Kesatuan Soviet. Andropov juga berkhidmat sebagai Pengerusi Presidium of the Supreme Soviet – Ketua Negara Kesatuan Soviet pada masa yang sama – dari bulan Jun 1983 hingga kematiannya. Andropov telah menjadi polis rahsia negara, KGB, dari tahun 1967 hingga bulan Mei 1982. Dia kemudian menjadi Ahli Sekretariat Jawatankuasa Pusat Parti Komunis. | UMUM | |
MADISON, JAMES | Madison, James (1751–1836) ialah presiden keempat Amerika Syarikat yang berkhidmat dari tahun 1809 hingga tahun 1817. Dia digelar “Bapa Perlembagaan Amerika Syarikat“ kerana dia merancang sistem sekatan dan imbangan yang boleh mengawal kerajaan Amerika Syarikat. Dia menjadi presiden Amerika Syarikat semasa perang tahun 1812 antara Amerika dan Britain. Madison lahir pada 16 Mac, 1751 (5 Mac mengikut kalendar yang digunakan pada masa itu), di Port Conway, Virginia, pada waktu itu koloni British. Pada tahun 1776, dia berkhidmat di Majlis Perundangan Virginia yang pertama yang menemukannya dengan Thomas Jefferson (lihat Jefferson, Thomas ). Pada tahun 1779, Madison telah dipilih untuk ke Kongres Benua, dan kembali pada tahun 1783 untuk berkhidmat selama tiga penggal di dewan perundangan negeri Virginia. | UMUM | |
PÉREZ DE CUÉLLAR, JAVIER | Pérez de Cuéllar, Javier ( 1920– ) ialah diplomat Peru yang berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelima dari tahun 1982 hingga tahun 1991. Dia menggantikan Kurt Waldheim dari Austria yang memegang jawatan itu sejak tahun 1972. Pérez de Cuéllar ialah Setiausaha Agung PBB pertama yang berasal dari Amerika Latin. Dia berkhidmat selama dua penggal iaitu sepanjang sepuluh tahun. Dia digantikan oleh Boutros Boutros-Ghali dari Mesir pada bulan Januari 1992. | UMUM | |
ZURAYQ, QASTANTIN QAYSAR | Zurayq, Qastantin Qaysar (? –1901) ialah diplomat Syria yang pernah berkhidmat dalam bidang akademik di University of America, Beirut. Dia pernah belajar di universiti berkenaan pada peringkat ijazah pertama dan menamatkan pengajian ketika berusia 19 tahun. Kemudian, dia menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di Amerika Syarikat dan akhirnya kembali berkhidmat di University of America, Beirut sebagai Naib Canselor. | UMUM | |
PERES, SHIMON | Peres, Shimon (1923– ), berkhidmat sebagai perdana menteri Israel dari bulan September 1984 hingga Oktober 1986 dan dari bulan November 1995 hingga Januari 1996. Pada tahun 1993, dia dilantik sebagai menteri luar di bawah pemerintahan perdana menteri Yitzhak Rabin. Dia memainkan peranan penting dalam usaha mencapai kedamaian antara Israel dengan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). Peres, Rabin, dan ketua PLO, Yasir Arafat, berkongsi Hadiah Nobel Keamanan 1994 kerana usaha mereka untuk mewujudkan keamanan di Timur Tengah. | UMUM | |