DUARTE, JOSÉ NAPOLEON | Duarte, José Napoleon (1926–1990), mula menjawat jawatan Presiden EI Salvador yang dipilih pada 1 Jun 1984. Dia berkhidmat sebagai presiden kerajaan junta tentera dari tahun 1980 hingga tahun 1982. | UMUM | |
PENGHULU TAWI SLI | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENGHULU TAWI SLI (1912-1987), ahli politik, Ketua Menteri Sarawak yang kedua (1966-1969). Dia lahir pada bulan Jun 1912 di Lingga, Simanggang, Sarawak. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah St. Luke di Sabu, Simanggang dan lulus peperiksaan Juior Cambridge pada tahun 1931 di St. Thomas’s School, Kuching, Tawi Sli pernah menjadi guru sebelum mengikuti kursus agama Kristian pada tahun 1934. Dia pernah berkhidmat sebagai kerani di Pejabat Daerah Simanggang dan di Pejabat Residen Bahagian Kedua (1937-1960). Setelah bersara, pada tahun 1961, dia mula bergiat dalam bidang politik. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA, bahagian pemuda atau ‘sayap kanan’ Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Idea asal Dato’ Onn Jaafar ialah penubuhan pejabat Perkara-perkara Pemuda dan ia ditubuhkan secara rasmi pada bulan Mac 1947. Kemudian pejabat ini dikenal sebagai Pejabat Pemuda. Hussein Onn dilantik sebagai setiausaha kepada Pejabat Pemuda (yang juga dikenal sebagai Setiausaha Hal Ehwal Pemuda UMNO). Pada 26 Ogos 1949, bahagian pemuda ini dinaikkan taraf menjadi Perikatan Pemuda UMNO. Cogan katanya ialah ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ yang menjadi garis panduan untuk bergerak. Sekali lagi Hussein Onn dilantik sebagai Ketua Perikatan Pemuda UMNO. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
KAMARUDDIN HAJI IDRIS, DATO | KAMARUDDIN HAJI IDRIS, Dato’ (1905- ), pentadbir. Dia lahir di Petaling Jaya, Selangor. Dia mendapat pendidikan di Victoria Institution, Kuala Lumpur dan Kolej Melayu Kuala Kangsar. Setelah menamatkan persekolahannya, dia berkhidmat sebagai pelatih pada tahun 1920 sebelum dilantik sebagai pegawai dalam Malayan Administrative Service (MAS) pada 1 Mac 1923. Kemudian dia dilantik sebagai pegawai Malayan Civil Service (MCS) pada 1 Januari 1935. Pada 1 Februari 1948, dia dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Terengganu yang pertama. Pada tahun 1950, dia dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MOHAMED NASIR, DATO' | MOHAMED NASIR, Dato’ (1916-1997), ahli politik, Menteri Besar Kelantan (1974-1977). Dia lahir pada 1 Januari 1916 di Kampung kota, Kota Baharu, Kelantan. Dia mendapat pendidikan awal di kampungnya. Pada tahun 1937, Mohamed lulus dari Kolej Pertanian Serdang. Kemudian dia berkhidmat di Pejabat Pertanian. Semasa Perang Dunia Kedua meletus, Mohamed menyertai Pasukan Sukarelawan Kelantan untuk menentang tentera Jepun. Dia menerima Bintang George VI dan Bintang Pasifik dari kerajaan British atas khidmatnya dalam pasukan tersebut. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SITI HAWA HAJI SALLEH | SITI HAWA HAJI SALLEH (1940- ), penyelidik kesusasteraan Melayu klasik. Dia lahir pada 1 Mei 1940 di Alor Setar, Kedah. Setelah mendapat pendidikan di Sultanah Asma School dan Sultan Abdul Hamid College, Alor Setar, dia meneruskan pengajian di Universiti Malaya dalam bidang pengajian Melayu (1961-1963). Dia mendapat ijazah sarjana dari universiti yang sama pada tahun 1966 dengan disertasi bertajuk Hikayat Merong Mahawangsa: Suatu Kajian Teks. Pada tahun 1971 hingga tahun 1995, dia berkhidmat di Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (IBKKM), Universiti Kebangsaan Malaysia. Dia memperoleh ijazah Doktor Falsafah dari UKM pada tahun 1994. Pada tahun yang sama, Siti Hawa dilantik sebagai profesor Kesusasteraan Melayu Tradisional di Jabatan Persuratan Melayu, UKM. Setelah bersara wajib pada tahun 1995, dia meneruskan tugas di tempat yang sama sebagai profesor kontrak. | SASTERA | Tokoh |
OTHMAN SULAIMAN | OTHMAN SULAIMAN (1952 – 1992), penulis dan penterjemah. Dia lahir pada 2 April 1925 di Enggor, Perak. Dengan kelulusan Cambridge School Certificate (1941) dan Higher School Certificate (1958), Othman bertugas sebagai kerani di Jabatan Pelajaran Perak pada tahun 1946. Pada awal tahun 1950-an, dia bertugas sebagai guru bahasa Inggeris dan penterjemah di Maktab Pengurusan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Dari tahun 1958 hingga tahun 1959, Othman berkhidmat sebagai setiausaha Lembaga Pelajaran Negeri Perak. Pada 1 Disember 1959, dia dipinjamkan ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan bertugas sebagai penolong pengarang. Pada tahun 1968, dia dilantik sebagai pengarang hinggalah dia bersara pada tahun 1977. | BAHASA | Tokoh |