Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.khut.bah] | برخطبه

Definisi : 1. berpidato atau bersyarah (mengenai hal-hal agama dll): mereka duduk bersila mendengar tok imam ~ dgn suara yg nyaring; 2. ki berleter: pagi-pagi lagi ibunya sudah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.khut.bah] | برخطبه

Definisi : bersyarah atau berpidato mengenai hal-hal agama dll: Ketika imam ~, para jemaah mendengarnya dgn khusyuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkhutbah


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MINISTER

Minister, dalam agama Kristian, bermaksud

seseorang yang berkhidmat. Perkataan minister

ialah perkataan Latin yang bermaksud orang yang

berkhidmat . Dalam ajaran agama Protestan

terutamanya, minister merupakan golongan paderi

yang ditahbiskan dan selalunya bertindak sebagai

pastor dalam sesuatu jemaah. Selain mengendalikan

upacara sembahyang, minister yang ditahbiskan

juga mengendalikan sakramen, berkhutbah dan

bertanggungjawab ke atas jemaah. Minister yang

tidak ditahbiskan, boleh membantu mengendalikan

upacara sembahyang. Contohnya, mereka selalunya

membaca bahagian liturgi dan pelajaran tertentu

dan membantu mengedarkan Perjamuan Suci.

Dalam Gereja Roman Katolik, Gereja Ortodoks, dan

Gereja England, paderi merupakan minister yang

ditahbiskan.

UMUM 
SA'ID IBN AL-MUSAYYAB (13–94 H. / 635–713 M.

Sa’id ibn al-Musayyab (13–94 H. / 635–713 M.),

ketua ahli fiqh, ketua para tabi’in dan periwayat

hadith. Nama penuhnya ialah Sa‘id ibn al-Musayyab

ibn Hazn ibn Abi Wahab al-Makhzumi al-Qurashi.

Bapa dan datuknya adalah dua orang sahabat nabi

yang memeluk Islam pada hari pembukaan kota

Makkah. Sa‘id mendengar hadith daripada ‘Umar

ketika dia berkhutbah. Dia juga mendengar hadith

daripada ‘Uthman ibn ‘Affan, ‘Ali ibn Abi Talib, Zaid

ibn Thabit, ‘Aisyah, Sa‘ad ibn Abi Waqqas, Abu

Hurairah (suami kepada anak perempuannya dan

orang yang paling mengetahui tentang hadithnya)

dan lain-lain lagi dari kalangan sahabat.

UMUM 
MIMBAR

Mimbar ialah pentas di dalam masjid tempat berkhutbah.  Mimbar merupakan salah satu elemen yang amat penting dalam sesebuah masjid.

KEJURUTERAANAlat/Alatan

Kembali ke atas