SUTERA | Sutera ialah gentian yang kuat dan berkilat (bahan seperti benang) yang digunakan untuk membuat kain. Sutera mempunyai kecantikan semula jadi yang tidak dimiliki oleh kain jenis lain. Oleh sebab itulah kain sutera sering kali disebut sebagai raja segala gentian. Serat sutera dihasilkan daripada kokun ulat yang dikenali sebagai ulat sutera. Banyak haiwan lain, termasuk labah-labah dan lacewing menghasilkan benang sutera. Tetapi sutera yang dihasilkan itu tidak dapat dibuat kain secara ekonomi. | UMUM | |
DAMASK | Damask ialah sejenis gentian fabrik yang teguh, berkilat, yang boleh ditenun daripada sebarang serat. Bentuk jalinannya yang rata boleh dilihat pada kedua-dua belah fabrik ini. Damask asalnya ialah serat sutera asli yang dihasilkan di China. Para pedagang memperkenalkan fabrik ini ke Eropah melalui Damascus, Syria. | UMUM | |
KEMATU | Kematu ialah tebalan yang kecil, keras, dan berkilat pada epidermis (lapisan luar kulit). Ketumbuhan yang tebal ini menekan dermis (lapisan kulit yang lebih dalam) dan menyebabkannya menjadi nipis dan lembut. Tekanan dan geseran menyebabkan tumbuhnya kematu. Oleh itu, kematu sering kali tumbuh pada sendi jari kaki seseorang yang memakai kasut yang tidak sepadan. Walau bagaimanapun, kematu mungkin terbentuk di mana-mana sahaja pada badan apabila tekanan dan geseran mencederakan kulit. Kematu lembut biasanya terdapat di antara jari-jari kaki. Di sini, kulit yang menebal itu akan sentiasa lembut kerana sentiasa dibasahi peluh. | UMUM | |
ZINK | Zink, unsur kimia dengan simbol Zn, ialah logam berkilat berwarna putih kebiruan. Logam ini penting dalam industri. Zink boleh dijadikan pelbagai bentuk dengan kaedah kerja logam biasa. Logam seperti besi dan keluli boleh digalvani – iaitu, disalut dengan zink – untuk mencegahnya daripada berkarat. Logam bergalvani digunakan untuk membuat talang bumbung, lapik tangki. | UMUM | |
KEKABU | Kekabu ialah serat bak kapas yang ringan, lembut dan berkilat. Ia terdiri daripada terutamanya selulos bahan tumbuhan. Kekabu datangnya daripada lenggai biji kekabu. Pokok kekabu tumbuh di Indonesia, Malaysia, Filipina, India, Sri Lanka, bahagian tropika Amerika dan Afrika. | UMUM | |
ANJING LAUT | Anjing laut ialah mamalia laut yang kelihatan licin berkilat dengan badannya berbentuk seperti tornado. Anjing laut ialah perenang yang terhandal dan menghabiskan banyak masa dalam air. | UMUM | |
KROMIUM | Kromium elemen kimia, ialah logam kelabu, yang berkilat dan agak lembut. Ia juga dikenali sebagai krom dan simbol kimianya ialah Cr. | UMUM | |
KALKOSIT | Kalkosit ialah bijih penting bagi tembaga. Formula kimianya ialah Cu2S. Kalkosit berwarna kelabu plumbum berkilat yang bertukar menjadi hitam apabila terdedah kepada udara. | UMUM | |
KOWRI | Kowri ialah sejenis siput laut yang cangkerangnya berwarna-warni dan berkilat. | UMUM | |
PALADIUM | Paladium ialah unsur kimia dengan simbol Pd. Ia ialah logam lembut, berkilat, berwarna putih keperakan. Paladium adalah satu daripada enam logam platinum, dan agak nadir (lihat Platinum). | UMUM | |