Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ki.lauan] | برکيلاوان

Definisi : mengeluarkan cahaya yg bersinar atau yg bergemerlapan; membalikkan sinar; bersinar-sinar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kilau (kata nama)
Bersinonim dengan cahaya, gemerlap, berkilap, cahaya yang memantul, sinar;,
Kata Terbitan : berkilauan, mengilaukan, berkilau-kilau,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
OPAL

Opal ialah batu permata yang mengandungi

warna-warna pelangi. Ia terdiri daripada silikon

dan oksigen, iaitu unsur yang ditemui dalam pasir

biasa. Warna latar opal mungkin hitam, biru,

coklat, kelabu, atau putih. Opal mempamerkan

warna yang berkilauan apabila terkena cahaya

yang terang.

UMUM 
TAMAN NEGARA YOSEMITE

Taman Negara Yosemite ialah kawasan tanah

gersang yang luas di bahagian tengah-timur

California, Amerika Syarikat. Taman ini terletak di

pergunungan Sierra Nevada, kira-kira 320 kilometer

di timur San Francisco. Terdapat kira-kira 1100

kilometer jalan denai yang kebanyakannya menuju

ke “High Sierra”, iaitu kawasan tasik yang airnya

berkilauan, penuh dengan jeram berarus deras, dan

dikelilingi oleh puncak gunung yang berceranggah.

Muzium Yosemite yang terletak di dalam taman ini

mempamerkan koleksi Orang Asli Amerika dan

hidupan liar di kawasan ini.

UMUM 
TAMAN NEGARA YELLOWSTONE

Taman Negara Yellowstone di Wyoming,

Amerika Syarikat ialah taman negara yang tertua di

dunia. Taman ini terkenal kerana terdapat banyak

keajaiban semula jadinya. Taman ini mempunyai

lebih banyak geiser dan kolam air panas daripada

mana-mana tempat di dunia. Antara tarikan

pemandangan yang menakjubkan di Yellowstone

ialah ngarai yang dalam, air terjun yang menderam,

tasik yang berkilauan, dan kawasan rimba yang

sentiasa menghijau, saujana mata memandang, yang

diselang-seli dengan padang rumput yang luas.

Taman ini meliputi kawasan seluas 900 000 hektar.

Yellowstone juga ialah hutan simpan hidupan yang

terbesar di Amerika Syarikat. Beruang, rusa, dan

kerbau liar, bebas merayau-rayau di taman itu,

helang botak, angsa, dan burung undan putih

bersarang di sana.

UMUM 
KAIN ANTELAS

KAIN ANTELAS, kain yang berkilauan hasil daripada hiasan bahan-bahan logam yang berkilat. Dalam budaya Melayu tradisi, kain antelas selalu dihubungkan dengan kelengkapan pakaian yang indah-indah seperti ‘kain sutera atau satin berkilat-kilat’ dan kain ‘berpanca logam’.

BUDAYAKraf Tangan

Kembali ke atas