Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.kom.pu.ter] | برکومڤوتر

Definisi : yg menggunakan (atau dibina, disediakan, dilaksanakan, dsb dgn) komputer: bank data ~; penterjemahan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkomputer


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SISKEP

SISKEP, sistem penterjemahan berbantukan komputer.  Sistem ini dibina oleh Projek Terjemahan Berkomputer di Universiti Sains Malaysia (USM).  SISKEP ialah akronim daripada Sistem Kerja bagi Penterjemah.  Sistem berkomputer ini membantu penterjemah dengan menyediakan sebuah pemproses kata, kamus ekabahasa, kamus dwibahasa, kamus istilah dan tesaurus.

BAHASASistem
PENGKOMPUTERAN BAHASA

PENGKOMPUTERAN BAHASA, proses menggunakan komputer untuk penyelidikan, pengajaran dan penyebaran bahasa.  Pengkomputeran bahasa atau pemprosesan bahasa ialah istilah yang digunakan untuk menamakan secara umum semua proses yang menggunakan komputer bagi semua perkara yang berkait dengan bahasa, sama ada untuk penyelidikan bahasa itu sendiri secara in situ ataupun untuk tujuan menggunakannya sebagai alat.  Dalam penyelidikan bahasa misalnya, komputer dapat digunakan untuk menimba maklumat-maklumat linguistik seperti maklumat morfologi, sintaksis dan sebagainya.  Contohnya komputer boleh digunakan dalam sistem penterjemahan berkomputer, sistem kajian penulisan berkomputer dan sistem kamus elektronik.

BAHASASistem
JEMAH

JEMAH, satu sistem perterjemahan automatik protaip  yang dibina oleh projek Terjemahan Berkomputer Universiti Sains Malaysia. Sistem ini dibina untuk menterjemah teks daripada bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu.

BAHASASistem

Kembali ke atas