BERENDOI, seni pentas yang dipersembahkan sempena upacara mencukur rambut anak yang baru lahir. Apabila umur anak itu genap tujuh hari, dijalankan upacara mencukur rambut serta naik endoi (buai). Pada ketika anak itu selamat dinaikkan ke endoi, beberapa peserta dijemput khusus untuk berdikir atau memulakan persembahan dikir berendoi. Peserta ini memakai baju Melayu dengan kain pelekat atau pantalon, bersongkok atau berkopiah.
Thanks for clicking. That felt good.