MALAM WALPURGIS | Malam Walpurgis ialah malam 1 Mei apabila orang Jerman merayakan pesta St. Walpurgis. Menurut legenda, para ahli sihir berkumpul pada malam ini dan merayakan hari sabat di gunung Brocken yang diliputi kabus, iaitu puncak yang paling tinggi di Pergunungan Harz. | UMUM | |
DEMAM KUNING | Demam kuning ialah penyakit virus yang dibawa oleh nyamuk tertentu. Virus ini merosakkan banyak tisu badan, khususnya hati dan ginjal. Akibat kerosakan ini, pembuangan air kencing berkurangan, hati tidak dapat berfungsi dengan baik dan pigmen hempedu kuning berkumpul dalam kulit. | UMUM | |
NEFRITIS | Nefritis , asalnya dikenali sebagai penyakit Bright, adalah nama umum bagi beberapa penyakit radang buah pinggang. Glomerulonefritis ialah penyakit yang selalunya dikenali sebagai nefritis. Ia melibatkan radang glomeruli (unit penapisan) buah pinggang. Keradangan biasanya mengurangkan jumlah air kencing yang dihasilkan oleh buah pinggang, menyebabkan bahan pembuangan yang biasanya dibuang di dalam air kencing, berkumpul di dalam badan. Glomerulonefritis yang teruk atau berterusan boleh menyebabkan kerosakan yang serius atau berkekalan pada buah pinggang. | UMUM | |
TAMU | Tamu, pekan sehari yang merupakan warisan kebudayaan masyarakat Sabah. Perkataan tamu berasal daripada perkataan ‘tamu’ yang didasari daripada bahasa Melayu Sabah. Tamu merujuk kepada pertemuan atau perjumpaan antara seseorang atau sebuah pihak untuk bertukar barangan dan perniagaan. Pengertian amnya ialah tempat orang ramai bertemu, berkumpul dan menjalankan aktiviti berjualan. | UMUM | |
ASID TARTARIK | Asid tartarik ialah kimia organik yang terdapat secara semula jadi di dalam buah anggur dan beberapa jenis buah-buahan yang lain. Asid ini biasanya digunakan untuk pengeluaran jem dan minuman anggur berkarbonat. Kebanyakan asid tartarik komersial diperoleh sebagai hasil sampingan industri wain. Kristal asid yang tidak berwarna ini diterbitkan daripada kalium hidrogen tartrat atau argol yang berkumpul di dinding tong wain semasa proses penapaian anggur. | UMUM | |
SURAH AL-TAGHABUN | Surah al-Taghabun ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-64 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 18 ayat. Surah ini dinamakan al-Taghabun (tipumenipu) berdasarkan firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Pada hari Allah S.W.T. menghimpunkan kamu pada hari berkumpul (kiamat), itulah hari al- Taghabun (tipu-menipu)...”. (Surah al-Taghabun 64:9) | UMUM | |
CAS | Cas, kuantiti elektrik yang berkumpul pada permukaan bahan bukan logam yang berlainan apabila digosokkan dengan kuat. Cas juga adalah kuantiti elektrik yang mengalir dalam arus elektrik. | FIZIK | Konsep |
ASID LAKTIK | Asid laktik ialah asid organik biasa yang ditemui di dalam susu dan makanan tenusu lain yang telah menjadi “masam”. Ia juga didapati di dalam sauerkraut , acar dan bir. Ia wujud dalam dua bentuk iaitu asid D-laktik dan asid L-laktik. Asid D-laktik terbentuk dengan penapaian gula. Asid L-laktik ditemui di dalam darah manusia dan haiwan. Semasa berlakunya aktiviti bertenaga, asid L-laktik berkumpul di dalam tisu otot hingga menyebabkan kesakitan dan kelesuan. Perlahan- lahan ia akan hilang apabila otot pulih semula. | UMUM | |
ADAT PERKAHWINAN MELAYU-COCOS | ADAT PERKAHWINAN MELAYU-COCOS, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu Cocos di Pulau Cocos, Australia. Di kalangan masyarakat ini, anak-anak muda diberi kebebasan mencari pasangan hidup sendiri dan kemudian barulah meminta persetujuan daripada ibu bapanya. Umur bagi anak perempuan berkahwin ialah 17 tahun ke atas dan bagi lelaki 21 tahun atau lebih. Pada masa dulu, pergaulan antara anak-anak muda tidaklah begitu bebas. Kesempatan mencari jodoh ialah pada waktu bulan terang. Anak-anak gadis berkumpul di hadapan rumah mereka meraut lidi daun kelapa untuk dibuat penyapu. Para pemuda mencari peluang untuk berkenalan pada waktu itu dan apabila mencapai persetujuan untuk mendirikan rumah tangga, hal itu disampaikan kepada ibu bapa masing-masing. | BUDAYA | Konsep |
MAT SALLEH YUSOF | MAT SALLEH YUSOF ( ? - ? ), pemimpin tempatan yang terlibat dalam gerakan tani menentang British. Dia ialah Penghulu Kampung Pasir Nyior, Kuala Berang, Terengganu. Dia terlibat dalam gerakan menentang peraturan baharu yang diperkenalkan oleh British yang campur tangan dalam pentadbiran Terengganu. Pada 22 April 1928, lebih kurang 400 orang yang bersenjatakan keris, lembing, tombak dan senapang berkumpul di halaman rumah Mat Salleh. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |