Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.kun.jung] | برکونجوڠ

Definisi : pergi (datang) utk melihat-lihat (tempat dll) atau menemui se­seorang: aku diberi kesempatan ~ ke Edinburgh, kemudian terus ke London; pernah beberapa kali aku ~ ke rumah Sutejo; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.kun.jung] | برکونجوڠ

Definisi : pergi atau datang melihat-lihat tempat atau menemui orang: Aku diberi peluang ~ ke Australia selama seminggu. Sejak itu, dia tidak pernah ~ ke rumah saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUNGAI GANGES

Sungai Ganges ialah jalan air yang terbesar di

India dan salah satu sungai yang terpanjang di

dunia. Sungai ini sangat penting kepada rakyat India

kerana peranannya dalam agama Hindu. Orang

Hindu menganggap sungai itu sebagai sungai yang

paling suci di India. Setiap tahun, beribu-ribu

penganut Hindu berkunjung ke bandar suci seperti

Varanasi dan Allahabad di sepanjang tebing Sungai

Ganges untuk mandi-manda dan membawa pulang

airnya. Kuil dan ghat (anak tangga) yang menuju ke

sungai didirikan di tebing sungai itu. Sesetengah

penziarah datang untuk mandi-manda di sungai itu

semata-mata untuk menyucikan diri daripada dosa.

Mereka yang sakit dan cacat datang dengan

harapan sentuhan air itu dapat menyembuhkan

penyakit. Terdapat juga yang datang kerana mahu

mati di sungai itu. Mengikut kepercayaan Hindu,

sesiapa yang mati di Ganges akan dimasukkan ke

syurga. Nama sungai ini dalam bahasa Hindu,

bahasa utama orang India, ialah Ganga.

UMUM 
ISLAM DI KALIMANTAN

ISLAM DI KALIMANTAN, perkembangan agama Islam di Kalimantan pada abad ke-16. Islam tersebar di Kalimantan melalui dakwah oleh para pedagang yang berkunjung ke sana dan menetap di kawasan pesisir. Selain itu, pengaruh Islam berkembang melalui hubungan politik. Pangeran Samudera yang ditabalkan sebagai Raja Banjarmasin dengan gelaran Sultan Suriansyah memeluk agama Islam kerana ingin mendapat bantuan tentera dari kerajaan Demak untuk melawan tentera Daha. Seterusnya Islam tersebar ke luar wilayah kerajaan Banjarmasin juga melalui jalur politik. Kerajaan Kutai menjadi sebuah kerajaan Islam pada tahun 1600, kemudian diikuti oleh kerajaan Kotawaringin (1620), kerajaan Matan (1743), kerajaan Mempawah (1750) dan kerajaan Pontianak (1771).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
ENGKU TENGAH RAJA HAJI

ENGKU TENGAH RAJA HAJI, ( ? - ?), puteri keempat raja haji, Yang Dipertuan Muda Riau Keempat. Ibunya berasal dari Inderagiri (Sumatera). Engku Tengah dibesarkan di Riau –Lingga. Sewaktu Sultan Ibrahim Syah, Sultan Selangor yang kedua  (1778 – 1826) berkunjung ke Riau –Lingga, sekitar tahun 1800, baginda mengahwini Engku Tengah (sepupunya) dan Engku Tengah digelar Engku Puan Selangor.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TAREKAT QADIRIYAH

TAREKAT QADIRIYAH, tarekat yang diasaskan oleh Syeikh Abdul Qadir al-Jilani (m. 1166 M.) di Baghdad.  Beliau lahir dan dibesarkan di kota Gilan, sebuah bandar di Iran.  Syeikh Abdul Qadir al-Jilani dikatakan berketurunan Ali bin Abi Talib.  Bapanya, Abu Saleh bin Abdullah daripada keturunan Hassan bin Ali, manakala ibunya, Fatimah binti Sayyid Abdullah daripada keturunan Husin bin Ali.  Ibu bapa serta nenek moyangnya ialah pengamal tasawuf.  Syeikh Abdul Qadir al-Jilani juga pakar dalam bidang fiqah.  Beliau seorang faqih dalam mazhab Hambali.  Bagaimanapun, ketokohannya lebih menonjol dalam bidang tasawuf.  Beliau dianggap Syeikhul Aulia’ (ketua para wali) dan wali Qutub pada zamannya.  Para pengikutnya mempercayai beliau ialah seorang yang `keramat’.  Semasa hidupnya lagi, beliau telah dikunjungi oleh umat Islam untuk mendapatkan barakah (berkat).  Kini, orang ramai berkunjung ke makamnya di Baghdad untuk mendapatkan berkat.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep

Kembali ke atas