Stromboli ialah sebuah pulau di Laut Tyrrhenian di luar pantai timur laut Sicily (lihat Itali [peta muka bumi]). Pulau ini meliputi lebih kurang 12 kilometer persegi dan mempunyai 386 orang penduduk. Stromboli terkenal kerana gunung berapinya yang menjulang setinggi 924 meter. Gunung berapi ini ialah salah sebuah daripada sebilangan kecil gunung berapi di Eropah yang sentiasa aktif. Penulis zaman purba pernah melaporkan aktiviti gunung berapi ini berkurun-kurun yang lalu. Ledakan gunung berapi yang membawa kemusnahan jarang-jarang berlaku di Stromboli kerana laharnya mengalir bebas, dan tidak mengumpulkan tekanan dalaman yang boleh menyebabkan ledakan dahsyat. |