Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.la.dang] | برلادڠ

Definisi : membuat (membuka, mengusaha­kan, memiliki) ladang: ~, bertanam ubi atau pisang itu sudah lama dikerjakannya; ~ tidak setelempap jua kan tempat kuririk menggelonggong prb kemiskinan yg amat sangat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.la.dang] | برلادڠ

Definisi : mengusahakan atau mempunyai ladang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ladang (kata nama)
Bersinonim dengan kebun, sawah, bendang, huma, tegal, estet;,
Kata Terbitan : berladang, perladangan, peladang,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SMITH, JAMES

Smith, James (1827–1897), yang dikenali sebagai

Smith Ahli Falsafah, menjumpai lombong yang

kaya dengan timah di Gunung Bischoff di negara

pulau Australia, iaitu Tasmania pada tahun 1871.

Dia menubuhkan Mount Biscnoff Tin Mining

Company Bischoff pada tahun 1873. Dia menjadi

ahli parlimen dari tahun 1886 hingga tahun 1888

sebelum bersara untuk berladang di Forth. Smith

lahir di George Town, Tasmania dan bekerja

sebagai perantis pengilang tepung dan mencari

gali emas di Victoria.

UMUM 
SANG SAPURBA

SANG SAPURBA, (            ) , Raja Minangkabau yang keturunannya di Pagarruyung, Sumatera, Indonesia.  Menurut Sejarah Melayu, di Palembang, iaitu di hulu muara Tatang ada sebuah sungai bernama Sungai Melayu dan di daerah itu terdapat sebuah bukit bernama Bukit Siguntang Mahameru.  Ketika itu Wan Empuk dan Wan Malini sedang berladang.  Keesokan harinya, mereka melihat padi mereka sudah masak dan berbuahkan emas serta berdaunkan perak.  Di atas bukit itu, mereka menemui tiga orang pemuda yang tampan parasnya.  Mereka menyatakan bahawa mereka adalah keturunan Raja Iskandar Zulkarnain bernisabkan Raja Nusirwan dan pancaran Raja Bictram Syah.  Pemuda itu bernama Nila Pahlawan dan karna Pandita, dan bersama-sama mereka ialah sebilah pedang bernama Simandang Kini dan lembing bernama Lembuara.  Lembu kenaikan mereka memuntahkan buih, tempat keluar seorang lelaki bernama Bat.  Bat berdiri memuji dengan kata-kata yang mulia dan digelarnyalah baginda Sang Sapurba Tramberi Tribuana.  Bat mengahwinkan Nilai Pahlawan dengan Wan Empuk dan Karna Pandita berkahwin dengan Wan Malini.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas