PERTEMPURAN GETTYSBURG | Pertempuran Gettysburg, berlaku pada 1 Julai hingga 3 Julai 1963 dan merupakan titik penentuan dalam Perang Saudara Amerika (1861–1865). Jeneral George G. Meade yang mengetuai tentera Utara (Kesatuan) seramai 90 000 orang untuk menewaskan Jeneral Robert E. Lee yang mengetuai tentera Selatan (Gabungan) seramai 75 000 orang. Kedua- dua pasukan bersenjata bertempur secara kebetulan di sebuah bandar kecil, di Gettysburg, Pennsylvania . Tembak-menembak berlaku apabila briged gabungan menyerang pasukan berkuda Kesatuan di bandar Gettysburg pada 1 Julai. | UMUM | |
PEMBUNUHAN AMBON | 1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify; tab-stops: 1.0in 81.0pt">PEMBUNUHAN AMBON, pembunuhan yang berlaku akibat perselisihan antara orang Belanda dan Inggeris di ambon. Hingga tahun 1619, ibu pejabat Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) terletak di Ambon, timur Indonesia. Selepas itu VOC memindahkan ibu pejabatnya ke Betawi, tetap Belanda terus mengekalkan pangkalannya, Fort Victoria, di Ambon. Belanda mahu memastikan monopoli terhadap perdagangan rempah. Pegawai VOC di Betawi tidak mahu Syarikat Hindia timur Inggeris membina posnya di Ambon kerana bimbang kehadiran Inggeris boleh mencabar kedudukan Belanda. Walau bagaimanapun, pada tahun 1619, melalui persetujuan antara Belanda dengan Inggeris, Inggeris dibenarkan membina pos di Ambon dan berkongsi 1/3 daripada perdagangan rempah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
PERANG ROKAM | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PERANG ROKAM, pertempuran yang berlaku antara askar upahan British dengan penduduk Kampung Serkam, Melaka. Perang ini berlaku disebabkan pengenalan cukai oleh pihak British di Kampung Serkam. Nama Rokam dipercayai mengambil sempena nama Kampung Serkam. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
PERANG BESUT | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PERANG BESUT, perang yang berlaku antara Baginda Omar, Sultan Terengganu, dengan Tengku Ali yang menjadi pemerintah Besut pada masa itu. Perang ini berlaku pada tahun 1875. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
PERANG BUKIT PUTUS | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PERANG BUKIT PUTUS, perang saudara pertama di Negeri Sembilan. Perang ini berlaku pada tahun 1875 antara Yamtuan Antah dengan Tengku Ahmad Tunggal berhubung pemilihan waris takhta. Perang ini melibatkan campur tangan pihak British yang mengambil kesempatan daripada perbalahan yang berlaku antara pembesar negeri untuk mengukuhkan kedudukan mereka di Sungai Ujong. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
PERANG KELANG | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PERANG KELANG, perang saudara yang berlaku di Selangor disebabkan para pembesar bersengketa untuk menguasi tanah lombong. Perang ini berlanjutan dari tahun 1866 hingga tahun 1874. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
PERANG PAHANG | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PERANG PAHANG, kebangkitan orang Pahang menentang penjajahan British. Perang ini berlaku pada tahun 1891 akibat rasa tidak puas hati orang Melayu terhadap campur tangan British dalam pentadbiran Pahang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
PERANG JAWA | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PERANG JAWA, perang menentang penjajahan Belanda yang berlaku pada tahun 1825. Perang ini juga dikenal sebagai Pemberontakan Diponegoro. Perang ini merupakan penentangan terbesar orang Jawa terhadap Belanda yang diketuai oleh Pangeran Diponegoro, putera raja Yogyakarta. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
PERANG KEDAH-SIAM | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PERANG KEDAH-SIAM, serangan Siam ke atas Kedah. Perang ini berlaku pada penghujung tahun 1821 dan berlarutan hingga tahun 1839. Pihak Siam melancarkan serangan ke atas Kedah kerana tidak berpuas hati dengan beberapa perkara tentang hubungan dua hala. Kedah dikatakan gagal menghantar bunga mas dan perak seperti sewajarnya. Sultan Ahmad Tajuddin yang diminta menghadap raja Siam juga gagal berbuat demikian. Ini menimbulkan syak pihak Siam terutama adanya berita tentang Sultan Kedah membuat pakatan dengan Burma untuk menentang Siam. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
PEMINJAMAN BAHASA ARAB | 1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PEMINJAMAN BAHASA ARAB, proses peminjaman dalam bahasa Melayu. Proses ini berlaku sejak kedatangan Islam ke Alam Melayu. Terdapat lima bukti tentang sejarah awal kedatangan Islam dan pengaruh Arab di Alam Melayu, iaitu: | BAHASA | Konsep |