Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.lan.das.kan] | برلندسکن

Definisi : 1. mempunyai sesuatu sbg landas atau landasan: papan itu dipotong ~ bongkah kayu; 2. berdasarkan, beralaskan: prinsip-prinsip Rukun Negara yg ~ agama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.lan.das.kan] | برلندسکن

Definisi : 1 mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg landas: Aminah memotong ubi kayu ~ sebuah bangku kecil. 2 ki memakai sesuatu sbg dasar; berdasarkan: Pendapat yg ~ kenyataan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
landas (kata nama)
1. Bersinonim dengan alas: pengalas, lapik, pelapik, papan hiris, bangku,

2. Bersinonim dengan asas: dasar, prinsip,

Kata Terbitan : berlandaskan, melandasi, melandaskan, landasan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BAITULMAL

Baitulmal ialah badan berlandaskan syariah yang bertanggungjawab menyimpan atau mengurus kewangan dan harta benda dalam negara Islam. Dari segi bahasa, baitulmal bermaksud rumah harta. Dari segi istilah ia bermaksud satu institusi yang menyimpan hasil pendapatan negara dan kemudian mengagihkannya kepada yang berhak.

AGAMAInstitusi/Organisasi
NASYID

NASYID , persembahan nyanyian sama ada secara solo ataupin beramai-ramai untuk menyampaikan mesej yang murni yang berlandaskan al-Qur’an dan sunnah. Persembahan bahan nasyid biasanya disampaikan tanpa atau dengan iringan muzik di majlis bercorak keagamaan, misalnya di tilawah membaca al-Qur’an, majlis ihtifal sekolah, sambutan ma’al hijrah atau maulid nabi. Nasyid juga merupakan media dan satu cara berkesan menyampaikan mesej dalam berdakwah yang menitikberatkan akidah, syariah dan akhlak. Lagu yang disampaikan memuji kebesaran Tuhan, menghayati perjuangan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat di samping nasihat dan syair Islam.

BUDAYAAgama/Fahaman/Aliran/Ideologi
TUAI RUMAH

TUAI RUMAH, ketua rumah panjang di Sarawak. Tanggungjawab utama tuai rumah adalah mengawal kebajikan ahli-ahli rumah panjang yang juga merupakan ‘anak-biak’ atau pengikutnya. Di samping itu, tuai rumah juga bertindak sebagai ‘penjaga’ adat resam kelompoknya. Oleh itu, seseorang yang dilantik sebagai tuai rumah oleh ahli-ahli rumah panjang lazimnya seseorang yang memiliki pengetahuan luas tentang budaya atau adat resam sukunya. Pengetahuan ini penting kerana kehidupan suku kaum di Sarawak, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman, masih berlandaskan undang-undang peribumi yang diwarisi turun-temurun.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas