PERSIDANGAN PARIS | Persidangan Paris. Banyak persidangan antarabangsa berlangsung di Paris, Perancis. Tetapi istilah Persidangan Paris itu biasanya merujuk Persidangan Damai Paris tahun 1919 ataupun Persidangan Paris tahun 1946. | UMUM | |
PERANG SERATUS TAHUN | Perang Seratus Tahun (1337–1453) berlangsung sepanjang pemerintahan lima orang raja Inggeris dan lima orang raja Perancis yang berperang untuk menguasai Perancis. Perjuangan antara England dengan Perancis ini sebenarnya terdiri daripada serangkaian perang merebut takhta yang diselang-seli oleh perdamaian sementara dan perjanjian. Perang ini bermula dengan terlepasnya Normandy di Perancis dari tangan Inggeris pada tahun 1204. Perang tersebut juga disebabkan beberapa perkara lain. | UMUM | |
MISTERI ELEUSINIA | Misteri Eleusinia ialah upacara keagamaan orang Yunani yang berlangsung setiap tahun di Eleusis, berhampiran Athens. Pemuja mengadakan upacara ini untuk memperingati Demeter, dewa pertanian. Misteri ini mengisahkan mitos penculikan dan pengembalian anak perempuan Demeter yang bernama Persephone, oleh Hades, dewa alam ghaib. Untuk mengetahui mitos ini, lihat Persephone. Walaupun maksud tersirat misteri ini tidak pernah didedahkan, upacara-upacara yang berkait dengannya dianggap memberi kehidupan sesudah mati yang lebih dirahmati kepada sesiapa yang mengambil bahagian. Lihat juga Misteri. | UMUM | |
MINGGU BAHASA KEBANGSAAN | Minggu Bahasa Kebangsaan (MBK) ialah aktiviti kebahasaan yang berlangsung selama satu minggu secara serentak di seluruh Tanah Melayu. Ia dilancarkan pada 30 Januari 1960 dan berakhir pada 6 Februari 1960. | BAHASA | Kegiatan |
MUSIM | Musim ialah satu daripada empat tempoh dalam setahun. Setiap musim – bunga, panas, luruh, dan sejuk – berlangsung kira-kira tiga bulan dan membawa perubahan suhu, cuaca, dan panjang waktu siang. | UMUM | |
SPARTACUS | Spartacus (? –71 S.M.) , memimpin satu pemberontakan besar hamba abdi menentang Empayar Rom. Pemberontakan tersebut berlangsung dari tahun 73 S.M. hingga 71 S.M. | UMUM | |
SATURNALIA | Saturnalia ialah pesta Rom purba untuk menghormati Saturn, iaitu dewa pertanian. Pesta Saturnalia bermula pada 17 Disember. Pada mulanya, ia berlangsung selama dua hari, tetapi akhirnya dilanjutkan selama seminggu. Saturnalia mungkin bermula sebagai perayaan kesyukuran untuk mengingati penanaman musim sejuk. Walau bagaimanapun, lama-kelamaan ia kehilangan kepentingan pertaniannya dan menjadi pesta bersuka ria. Malah golongan hamba juga diberikan pelepasan sementara bagi merayakan hari ini. Pesta ini adalah dalam bentuk jamuan, lawatan dan pemberian hadiah. Hadiah yang paling popular dalam perayaan ini ialah lilin dan patung tanah liat yang kecil. Lihat juga Saturn (Dewa Rom). | UMUM | |
PERBICARAAN NUREMBERG | Perbicaraan Nuremberg merupakan 13 perbicaraan yang diadakan untuk mengadili para pemimpin Jerman kerana tindakan mereka semasa Perang Dunia II (1939–1945). Perbicaraan ini berlangsung dari tahun 1945 hingga tahun 1949 di Nuremberg , Jerman, iaitu tempat Parti Nazi mengadakan tunjuk perasaan yang besar. Parti ini diketuai oleh diktator Adolf Hitler yang memerintah Jerman pada masa Perang Dunia II. | UMUM | |
PERSIDANGAN WASHINGTON | Persidangan Washington ialah mesyuarat yang diadakan di Washington, D.C., bagi membincangkan perlucutan senjata tentera laut dan masalah tertentu yang melibatkan Asia Timur. Mesyuarat tersebut berlangsung dari bulan November 1921 hingga bulan Februari 1922. Negara yang menghadiri mesyuarat tersebut ialah Belgium, China, Perancis, Great Britain, Itali, Jepun, Belanda, Portugal, dan Amerika Syarikat. | UMUM | |
PERANG ANGLO-BOER | Perang Anglo-Boer ialah dua peperangan yang berlaku di Afrika Selatan antara United Kingdom (UK) dengan orang Boer, terutamanya orang yang berketurunan Belanda. Perang Anglo-Boer Pertama, atau Perang Transvaal, berlangsung dari tahun 1880 hingga tahun 1881. Perang Anglo-Boer Kedua, atau Perang Afrika Selatan, berlaku antara tahun 1899 hingga tahun 1902. Peperangan ini biasanya dikenali sebagai Perang Boer di United Kingdom. | UMUM | |