Sapporo (pend. 1 542 979) ialah ibu negeri Hokkaido, pulau yang paling utara di Jepun. Ia terletak di bahagian barat pulau berhampiran Teluk Otaru. (Lihat Jepun [peta politik]). Sapporo dibina pada tahun 1871, dan dibentuk berdasarkan bandar di negara Barat. Ia menjadi pusat pembuatan dan kebudayaan pulau itu. Keluarannya meliputi kain jerami, barangan getah, susu pekat dan kacang soya yang diproses. Tarikan utama Sapporo meliputi Hokkaido University dan taman bunganya yang khusus kepada flora alpin. Penduduk dan pengunjung menikmati cerun ski yang terletak di subbandar dan mata air panas Jozãnkei, 18 kilometer ke barat daya bandar. Pada tahun 1972, Sukan Olimpik Musim Sejuk berlangsung di Sapporo. |