NAVY JACK | Navy Jack ialah bendera Tentera Laut Amerika Syarikat. Ia mempunyai 50 bintang berwarna putih dan berlatarbelakangkan warna biru. Ia kelihatan seperti bahagian bucu berwarna biru dan putih pada bendera Amerika Syarikat. | UMUM | |
SUTCLIFF, ROSEMARY | Sutcliff, Rosemary (1920–1992) ialah pengarang British yang masyhur sebagai penulis novel kanak-kanak. Cerita-ceritanya berlatarbelakangkan sejarah. Pada tahun 1960, dia menerima Pingat Carnegie Persatuan Perpustakaan British bagi bukunya The Lantern Bearers (1957). Antara karyanya yang popular termasuk The Queen Elizabeth Story (1950), The Chronicles of Robin Hood (1950), The Armourer’s House (1951), The Eagle of the Ninth (1954), Lady-in-Waiting (1956), The Sheild Ring (1956), The Silver Branch (1957), Warrior Scarlet (1958), The Rider of the White Horse (1959), dan Knight’s Fee (1960). Sutcliff lahir di Clandon Barat, Surrey, England. | UMUM | |
MORISOT, BERTHE | Morisot, Berthe (1841–1895), pelukis Perancis dan ahli terkemuka dalam pergerakan impresionis. Kebanyakan lukisan Berthe Morisot mengisahkan wanita yang kerap bersama-sama dengan anak-anak mereka yang berlatarbelakangkan kehidupan seharian di rumah. Morisot melukis subjek yang tersebut dalam satu gaya yang cerah dan lembut. Berthe Morisot juga melukis landskap yang dipenuhi wanita dan kanak-kanak. Di samping lukisan minyak, dia juga dikenali dengan lukisan cat air dan pastel. | UMUM | |
SACKVILLE-WEST, VICTORIA MARY | Sackville-West, Victoria Mary (1892–1962) ialah penulis wanita Inggeris. Bukunya menggambarkan latar belakang keluarganya, daripada golongan bangsawan luar bandar. Dia sering dikenali sebagai Vita Sackville-West. Novelnya yang terkenal, The Edwardians (1930), menyelidik kehidupan kelas atasan orang Inggeris semasa pemerintahan Edward VII pada awal tahun 1900-an. Dengan berlatarbelakangkan kawasan luar bandar, buku tersebut cuba menggambarkan aspek sosial dan emosi pada masa tersebut. Dia juga menulis tentang kehidupan luar bandar dalam novel All Passion Spent (1931) dan The Dark Island (1934); dalam buku bukanfiksyen Country Notes (1939), English Country Houses (1941) dan In Your Garden (1951); dan dalam banyak puisi. Buku puisinya yang terkenal ialah The Land (1929). | UMUM | |
OLENKA | OLENKA, novel karya Budi Darma. Novel ini diterbitkan pada tahun 1983. Olenka mengandungi 232 halaman dan mempunyai empat bab utama, dan setiap bab mempunyai sejumlah subjudul. Novel ini berlatarbelakangkan Amerika Syarikat dengan semua tokoh terdiri daripada orang Amerika. Tiap subjudul diberi catatan kaki yang diperlukan. | SASTERA | Karya |