Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.la.wan] | برلاون

Definisi : 1. mempunyai lawan (tandingan dll): hulubalang terlalu perkasa tiada ~ di dlm negeri; 2. bersalahan (pd hukum, undang-­undang, dll), bertentangan dgn: perbuatan yg ~ dgn undang-undang; 3. bertanding (dlm permainan dll), beradu: Baba Melaka telah ~ pantun dgn orang dr Kedah; ~ senjata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.la.wan] | برلاون

Definisi : 1 ada tandingannya atau lawannya. 2 bertanding (dlm permainan dll); beradu: Pasukan bola sepak Malaysia akan ~ dgn pasukan Jepun malam ini. 3 bertentangan dgn hukum (adat dll); bersalahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lawan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jodoh: pasangan, gandingan,

2. Bersinonim dengan imbangan: tandingan, bandingan, saingan,

3. Bersinonim dengan musuh: seteru, pesaing.,

Kata Terbitan : berlawan, berlawanan, melawan, melawani, memperlawankan, perlawanan, pelawan,

Peribahasa

Hendak sombong berbini banyak,
     hendak megah berlawan lebih.

Bermaksud :

Kerana hendak memperlihatkan ketinggian diri, maka hidup dalam kesukaran.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NULLA NULLA

Nulla nulla ialah perkataan Orang Asli Australia

bagi belantan dan mungkin berasal daripada salah

satu dialek daerah Sydney. Orang Asli Australia

mempunyai pelbagai jenis belantan untuk berburu

dan berlawan. Kebanyakannya diperbuat daripada

kayu yang bahagian hujungnya tajam, bulat, atau

berbonggol dan pemegangnya kira-kira satu meter

panjang, tetapi dalam sesetengah keadaan hulu

batu dilekapkan padanya. Nulla nulla sering

dilontarkan dalam permainan atau kepada pihak

musuh.

UMUM 
ADRENALIN

Adrenalin ialah hormon yang dirembes oleh

kelenjar adrenal. Ia juga dikenali sebagai epinefrina.

Adrenalin membantu badan menyesuaikan diri

dengan tekanan yang tiba-tiba. Apabila seseorang

menjadi marah atau takut, kelenjar adrenal

melepaskan adrenalin ke dalam darah. Hormon ini

menyebabkan perubahan dalam badan untuk

menjadikannya lebih cekap untuk “berlawan atau lari”.

Contohnya, adrenalin meningkatkan kekuatan dan

kadar denyutan jantung dan menaikkan tekanan

darah. Ia juga mencepatkan penukaran glikogen

kepada glukos yang memberikan tenaga kepada otot.

UMUM 
‘ABDULLAH IBN MAS‘UD

‘Abdullah ibn Mas’ud (? –32 H./? –653 M.) ialah

salah seorang daripada para sahabat besar dan

berketurunan Huzaliy yang tinggal di Makkah. Dia

termasuk dalam kalangan golongan yang terawal

memeluk Islam. ‘Abdullah r.a. pernah berhijrah ke

Habsyah sebanyak dua kali. Di samping itu, dia turut

berjuang bersama-sama Rasulullah SAW dalam

beberapa peperangan dan menjadi orang suruhan

nabi yang setia serta sentiasa menemani Baginda

sewaktu menyelesaikan sesuatu urusan dan

perjalanannya. Dalam Perang Badar, dia berlawan

dengan Abu Jahal.

UMUM 
SITTING BULL

Sitting Bull (1834?–1890) ialah dukun dan

pemimpin Orang Asli Amerika Hunkpapa Sioux

yang terkenal. Banyak orang yang menyangka

bahawa dialah yang mengetuai Orang Asli dalam

pertempuran Little Bighorn di Montana pada

25 Jun 1876. Dalam pertempuran ini, Leftenan

Kolonel George Custer meninggal dunia.

Sebenarnya, Sitting Bull bertindak hanya sebagai

dukun utama dalam persediaan menghadapi

pertempuran tersebut. Pada tahun sebelumnya,

dia menerima visi bahawa semua musuh akan

jatuh ke tangannya. Pada musim bunga tahun 1876,

Sitting Bull mengetuai tarian matahari sambil

memberitahu Orang Asli supaya mengubah cara

mereka berperang. Daripada menunjuk-nunjuk

untuk membuktikan keberanian mereka hendaklah

berlawan untuk, membunuh, atau tanah mereka

akan jatuh ke tangan orang kulit putih. Taktik baru

ini membawa kepada terhapusnya Custer dan

tenteranya.

UMUM 

Kembali ke atas