BAJU KEDAH | Baju Kedah ialah baju wanita yang sederhana longgar, leher baju seperti kurung moden, labuhnya paras punggung, dan berlengan hingga bawah paras siku. Potongan baju ini ringkas dan lurus tanpa pesak atau kekek. Baju ini dipopularkan di Kedah sejak tahun 1940-an. | KESENIAN | Artifak/Mentifak |
BAJU KEBAYA | BAJU KEBAYA, baju yang berlengan panjang, berpinggang dan berbelah di hadapan. Baju ini dipakai oleh wanita di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Pada asalnya baju ini direka labuh hingga ke paras lutut ataupun lebih. Kini banyak perubahan yang dilakukan ke atas potongan baju tersebut. Ada yang labuhnya hingga ke paras lutut disebut kebaya labuh dan ada yang singkat ke paras punggung sahaja, disebut kebaya pendek. Meskipun begitu, kedua-duanya mempunyai ciri yang sama. Kebaya labuh lebih sesuai dipakai dalam upacara rasmi, istiadat dan majlis kenduri kahwin sahaja, sedangkan kebaya pendek dipakai di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja, oleh semua peringkat umur. | BUDAYA | Pakaian |
CEONGSAM | Ceongsam, pakaian tradisional wanita Cina. Pakaian ini merupakan baju labuh sendat berkolar tegak, berkancing di bahagian kanan hadapan baju, berlengan panjang, pendek atau tanpa lengan, dan berbelah di kedua-dua hujung baju. | KESENIAN | Artifak/Mentifak |
BAJU PAHANG | Baju Pahang ialah baju wanita yang labuh, longgar, berkolar tegak, berpesak, berkancing di bahagian leher dan berlengan panjang. | KESENIAN | Artifak/Mentifak |