Sungai Sutlej ialah cabang Sungai Indus yang terpanjang, sungai utama di Pakistan. Sungai Sutlej bermula di kawasan Penara Tibet, di barat daya China dengan ketinggian hampir lima kilometer di atas aras laut. Sungai ini mengalir berlengkok-lengkok melalui Pergunungan Himalaya, dan merentasi bahagian barat laut India, dan terus mengalir ke arah barat daya, melalui Punjab, Pakistan, hingga bertemu Sungai Indus di bahagian timur, tengah Pakistan. Panjang Sungai Sutlej ialah 1370 kilometer. Sungai ini ialah sumber air utama bagi dataran Punjab yang kering. Salah satu empangan yang tertinggi di dunia, Empangan Bhakra, terletak 226 meter di atas aras sungai berhampiran Bhakra, India. Untuk lokasi sungai, lihat Pakistan (peta muka bumi). |