SIERRA LEONE | Sierra Leone ialah negara kecil yang terletak di bahagian yang “membonjol” di barat Afrika, di utara khatulistiwa. Sierra Leone menghasilkan sebahagian besar berlian – salah satu barang yang sangat berharga di dunia, dan antara negara utama yang mengeluarkan berlian untuk membuat batu permata dan juga digunakan dalam industri. | UMUM | Konsep |
PERMATA | Permata ialah mineral atau bahan lain yang digunakan dalam barang kemas dan hiasan lain. Permata termasuk berlian, zamrud, baiduri, dan delima, serta permata yang dibuat di makmal dan permata tiruan lain yang dicipta secara artifisial. Apabila dilombong, kebanyakan batu permata asli mempunyai permukaan yang kasar dan bentuk yang tidak sekata. Pemotong permata yang mahir kemudiannya akan memotong dan menggilap batu- batu tersebut untuk menyerlahkan kecantikannya. | UMUM | |
RHODES, CECIL JOHN | Rhodes, Cecil John (1853–1902) ialah ahli perniagaan dan negarawan British. Dia memperolehi kekayaan daripada industri berlian dan berkemungkinan merupakan penyumbang terbesar kepada perkembangan empayar Inggeris di Afrika daripada dengan tokoh lain yang hidup sezaman dengannya. | UMUM | |
KORUNDUM | Korundum (formula kimia, Al 2 O 3 ) ialah mineral tulen yang kedua paling keras selepas berlian. | UMUM | |
KIMBERLEY | Kimberley (pend. 80 082) ialah ibu provinsi Cape Utara di Afrika Selatan. Kota ini merupakan salah sebuah pusat pengeluaran berlian yang paling penting di dunia. | UMUM | |
MENCARI GALI | Mencari gali bererti mencari mendapan mineral yang berharga. Pencari gali telah menjumpai simpanan batu arang, petroleum, uranium dan bahan-bahan bakar lain, yang amat penting kepada industri. Mereka juga telah menjumpai longgokan kuprum, berlian, emas, besi dan beberapa mineral penting yang lain. | UMUM | |
ARKANSAS | Arkansas ialah negeri yang terletak di Selatan Amerika Syarikat. Little Rock ialah ibu negeri dan bandar raya terbesar. Ramai pelancong melawat mata air mineral panas Arkansas terutamanya Mammoth Spring dan Hot Springs. Satu-satunya lombong berlian yang beroperasi di Amerika Syarikat terletak berhampiran Murfreesboro. | UMUM | |
ACCRA | Accra (pend. 964 879; pend. kaw. met. 1 420 065) ialah ibu negara dan bandar raya terbesar bagi Ghana. Ia terletak di pantai utara Teluk Guinea (lihat Ghana [peta]). Kemudahan pengangkutan Accra termasuk kereta api dan lapangan terbang antarabangsa. Industrinya termasuk pengeluaran jubin dan batu bata, pemprosesan berlian dan kayu. University of Ghana terletak di Legon, sebuah kawasan perumahan di utara bandar raya Accra. | UMUM | |
SUNGAI ORANGE | Sungai Orange ialah sungai yang terpanjang di Afrika Selatan. Ia mengalir ke arah barat menyeberangi bahagian selatan benua Afrika. Benteng pasir dan air yang cetek menyebabkan Sungai Orange tidak berfungsi bagi pelayaran. Walau bagaimanapun, sungai ini berfungsi sebagai sumber kuasa hidroelektrik yang penting dan membekalkan air yang amat diperlukan bagi projek penyaliran. Batu kerikil sungai ini mengandungi longgokan berlian di sesetengah kawasan. Untuk lokasinya, lihat Afrika Selatan (peta rupa bumi). | UMUM | |