Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.li.ku.li.ku] | برليكو-ليكو

Definisi : berbelok-belok, berkelok-kelok, berselekoh-selekoh: di sebelah kiri jalan itu mengalir sebatang sungai yg ~ pula; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.li.ku.li.ku] | برليكو-ليكو

Definisi : banyak likunya; berkelok-kelok: Kami melalui sebatang jalan yg curam dan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
liku (kata nama)
1. Bersinonim dengan selekoh: kelok, siku, lengkok, telengkoh, katlum, enggokan,

2. Rujuk pelosok

Kata Terbitan : berliku-liku,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DENAI OREGON

Denai Oregon merupakan jalan darat yang

terpanjang dan terbesar yang digunakan dalam

perluasan wilayah ke arah barat Amerika

Syarikat. Jalan ini berliku-liku sepanjang 3200

kilometer melalui prairi dan gurun dan merentasi

pergunungan dari Independence, Missouri, ke

Barat Laut Pasifik. Malah pada hari ini, pelawat

masih boleh melihat lekuk-lekuk bekas laluan roda

kereta kuda di sepanjang seksyen denai.

UMUM 
SUNGAI WESER

Sungai Weser adalah laluan air yang penting di

Jerman. Hulu air utamanya, iaitu Werra, berpunca

dari lereng barat daya Hutan Thüringian di tengah

Jerman. Sungai Weser berliku-liku sepanjang 700

kilometer ke kualanya di Laut Utara, berhampiran

Bremerhaven. Untuk lokasi, lihat Jerman (peta

muka bumi). Pada tahun 1894, selatnya telah

diperdalamkan dari kualanya ke Bremen, kira-kira

72 kilometer ke selatan, supaya kapal-kapal besar

boleh belayar ke Bremen.

UMUM 
SUNGAI ZAMBEZI

Sungai Zambezi ialah sungai yang keempat

terpanjang di Afrika selepas Sungai Nil, Sungai

Congo, dan Sungai Niger. Sungai Zambezi

berpunca di Zambia, berhampiran sempadan Zaire

dengan Angola. Sungai tersebut mengikut aliran

yang berliku-liku sejauh 2736 kilometer,

memisahkan Zambia daripada Zimbabwe dan

merentasi Mozambique dan mengalir masuk ke

Terusan Mozambique [lihat Afrika (peta)]. Sungai

Zambezi mempunyai banyak cabang dan

menyalirkan kawasan lebih daripada 1 300 000

kilometer persegi.

UMUM 
TAY

Tay ialah sungai yang terpanjang di Scotland yang

mengalir sejauh 190 kilometer dari puncanya ke

Laut Utara. Sungai ini berpunca sebagai Sungai

Cononish di Ben Lui di Scotland Tengah dan

mengalir melalui Strath Fillan. Kemudian sungai ini

mengalir terus sebagai Sungai Dochart di celah

gunung-ganang dan mengalir masuk ke Tasik Tay.

Di sini sungai ini menjadi Sungai Tay dan mengalir

berliku-liku melalui Aberfeldy, Dunkeld, dan Perth

lalu masuk ke Teluk Tay.

UMUM 

Kembali ke atas