Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.li.pat] | برليڤت

Definisi : 1. berlapis rapi (kain baju dll): diambilnya baju yg ~ di dlm almari; 2. berlipat ganda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.li.pat] | برليڤت

Definisi : 1 dilipat dgn kemas (bkn kain baju, kertas dsb): Kain baju yg dibasuh sudah ~. 2 diperbanyak sekian kali; berganda: ~ tiga diperbanyak tiga kali; tiga kali sebanyak yg dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lipat
Kata Terbitan : berlipat, melipat, lipatan,

Puisi
 

Kajang tuan kajang berlipat,
     Kajang saya mengkuang layu;
Dagang tuan dagang bertempat,
     Dagang saya terbuang lalu.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Padi masak,
     jagung mengupih.

Bermaksud :

Keuntungan yang berlipat ganda. mengupih = sudah tua.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ORIGAMI

Origami ialah seni melipat kertas untuk dijadikan

objek hiasan. Istilah yang berasal daripada

perkataan Jepun ini bererti kertas yang berlipat.

Terdapat kira-kira 100 bentuk origami tradisional,

kebanyakannya meniru bentuk semula jadi seperti

burung, bunga, dan ikan.

UMUM 
TEMPUA

Tempua ialah sejenis burung yang pandai

menyanyi yang terdapat di kawasan tropika di

China, India, Malaysia, dan Filipina. Ia mendapat

namanya tailorbird dalam bahasa Inggeris daripada

cara ia membina sarang dalam daun besar yang

berlipat. Ia menjahit tepi daun dengan beberapa

utas bebenang sutera atau bulu atau serat sayur

dengan menggunakan paruhnya sebagai jarum.

Sarang di dalam daun ini dibuat daripada bulu gebu

tumbuhan dan rumput halus dan bulu. Tempua

betina bertelur tiga atau empat biji pada satu masa.

Tempua berbeza-beza warnanya daripada putih

kemerahan atau hijau kebiruan dan ditandai merah

keperangan. Tempua panjangnya 10 hingga 15

sentimeter panjang. Terdapat sembilan spesies.

Pengelasan saintifik . Tempua tergolong dalam

subfamili Sylviinae dari famili Muscicapidae. Ia adalah

genus Orthotomus .

Lihat juga Burung (gambar: Jenis sarang burung).

UMUM 

Kembali ke atas