MAINAN | Mainan ialah benda yang digunakan oleh kanak- kanak untuk bermain. Kanak-kanak di seluruh dunia bermain dengan mainan yang serupa, seperti bola, anak patung, permainan dan mainan teka-teki. Semenjak zaman purba lagi mainan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kanak-kanak. Sesetengah mainan membolehkan kanak-kanak bersuka-suka sambil belajar tentang dunia di sekelilingnya. Permainan dapat menolong mengajar kanak-kanak supaya bergaul dengan kanak-kanak lain. Mainan juga boleh menolong mereka belajar dan membina kemahiran khas. | UMUM | |
TAMAN PERMAINAN | Taman permainan ialah kawasan luar rumah yang digunakan untuk bermain. Kebanyakan taman permainan direka khas untuk kanak-kanak, tetapi di sesetengah negara seperti di Amerika Syarikat, taman permainan juga menyediakan kemudahan bersukan untuk orang dewasa. Di negara tertentu seperti di United Kingdom, kawasan permainan yang mempunyai kemudahan bersukan dikenali sebagai padang permainan. Istilah taman permainan biasanya bermaksud kawasan untuk kanak-kanak bermain buaian, memanjat kerangka besi dan kelengkapan permainan yang lain. Rencana ini hanya mengenai taman permainan jenis yang kedua ini. | UMUM | |
ORKESTRA | Orkestra ialah kumpulan pemuzik yang bermain pelbagai alat muzik bersama-sama. Sesetengah orkestra Afrika dan Asia mengandungi alatan genderang, seperti dram, gong, dan zilofon. Tetapi di kebanyakan negara Barat, kumpulan muzik dianggap sebagai orkestra hanya jika ia memasukkan biola atau alatan bertali yang lain. Orkestra berbeza daripada kumpulan muzik yang mengandungi sebahagian besarnya oleh alat tiupan dan alat genderang. | UMUM | |
SUKAN AIR | Sukan air lihat Berenang; Bermain ski; Luncur air; Memancing; Menyelam. | UMUM | |
KAEDAH SUZUKI | Kaedah Suzuki ialah cara mengajar kanak-kanak bagaimana bermain alat muzik tertentu pada peringkat umur yang masih muda. Kaedah ini digunakan dengan meluas untuk biola dan juga alat-alat lain seperti celo, flut dan piano. | UMUM | |
TEAL | Teal ialah nama bagi kira-kira 15 spesies itik kecil yang suka bermain di air. Teal memakan tumbuhan akuatik dan biji-bijian dengan memilihnya melalui perbuatan mengunggis dengan paruhnya. Ia juga boleh terbalik untuk makan. Teal membiak di kolam dan tasik air tawar yang cetek yang disempadani tumbuhan yang tebal. Ia terbang laju dengan kibasan sayapnya yang cepat, dan apabila ia cemas ia boleh naik secara menegak dari permukaan air. Kebanyakan teal mempunyai bulu keperangan yang diselangi dengan tanda berwarna cerah dan gelap. | UMUM | |
PANCARAGAM | Pancaragam ialah sekumpulan ahli muzik yang bermain kebanyakannya alat tiup dan genderang. Pancaragam berbeza daripada orkestra, kerana dalam orkestra alat tali memainkan peranan yang paling utama. Namun demikian, sesetengah pancaragam mengandungi juga alat tali. | UMUM | |
PERRY, FRED | Perry, Fred (1909–1995) ialah salah seorang pemain tenis United Kingdom yang paling cemerlang. Dia bermain dalam pasukan British yang memenangi Piala Davis dari tahun 1933 hingga tahun 1936. | UMUM | |
SEDGMAN, FRANK | Sedgman, Frank (1927– ), salah seorang pemain tenis terbaik Australia. Dari tahun 1950 hingga tahun 1952, dia bermain sebanyak 19 kali untuk Australia dalam pertandingan Piala Davis dan hanya kalah dua kali. Pada tahun 1951, dia menjadi orang Australia yang pertama menjuarai acara perseorangan Amerika Syarikat. Pada tahun 1952, dia menjuarai acara perseorangan Amerika, Itali, dan Wimbledon. Francis Arthur Sedgman lahir di Melbourne. | UMUM | |
RAMEAU, JEAN-PHILIPPE | Rameau, Jean-Philippe (1683–1764) ialah penggubah lagu dan ahli teori muzik Perancis zaman barok. Rameau bermain organ selama 20 tahun di beberapa buah bandar sebelum menetap di Paris pada tahun 1722. Dia menjadi terkenal pada tahun tersebut dengan terbitnya buku teori muzik Treatise on Harmony . Buku ini menjadi mercu tanda penting dalam sejarah harmoni dan yang pertama dari beberapa karya harmoni lain yang dihasilkannya. | UMUM | |