TENNESSEE | Tennessee ialah negeri di selatan Amerika Syarikat. Nashville , ibu negerinya, merupakan pusat muzik country yang paling terkemuka (lihat Muzik Country ). Peneroka-peneroka Amerika menyeberangi gunung-ganang di Tennessee untuk bermastautin di kawasan gersang. Mereka terkenal sebagai golongan yang bersemangat tinggi dan berani, mereka menubuhkan kerajaan mereka sendiri di kawasan ini, sebelum wujudnya kerajaan lain yang merdeka di Amerika Utara. Kemudian, semasa Perang Saudara Amerika (1861–1865), banyak pertempuran berlaku di Tennessee . | UMUM | |
ADAT PERKAHWINAN MELAYU BRUNEI | ADAT PERKAHWINAN MELAYU BRUNEI, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu di Brunei Darussalam. Adat perkahwinan Melayu Brunei terutama yang bermastautin di Kampung Air dan sekitarnya banyak berdasarkan atau dipengaruhi oleh Islam. Hal ini terjadi kerana Islam dan adat istiadat merupakan dua hal yang dominan yang menjadi teras sosiobudaya orang Brunei. Adat perkahwinan masyarakat in terbahagi kepada beberapa upacara. | BUDAYA | Konsep |
KESUSASTERAAN AMERIKA | Kesusasteraan Amerika tidak boleh diterjemahkan dalam satu takrifan yang ringkas. Kesusasteraan ini mencerminkan banyak tradisi keagamaan, sejarah, dan budaya penduduk Amerika, salah satu daripada negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum di dunia. Ia termasuklah puisi, fiksyen, drama dan jenis karya-karya lain oleh pengarang yang bermastautin di Amerika Syarikat. Selain itu, kesusasteraan ini juga meliputi bahan bukan bertulis seperti kesusasteraan lisan orang asli Amerika serta cerita rakyat dan legenda yang telah diwarisi turun-temurun. Tambahan pula, kesusasteraan Amerika meliputi laporan bertulis tentang Amerika oleh para pendatang dan pelawat dari negara lain, selain karya penulis berketurunan Amerika yang menghabiskan sebahagian atau seluruh hidup mereka di luar negara. | UMUM | |
KAMPUNG GELAM | KAMPUNG GELAM, pusat pemerintahan Sultan Husin Syah, Sultan Singapura, semasa zaman pemerintahan British. Kampung Gelam mula dikenal setelah Sultan Husin atau Tengku Long, atas sokongan pihak British, membawa keluarga dan pengikutnya dari Riau datang bermastautin di Singapura pada awal abad ke-19. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
BAHASA-BAHASA SABAH | BAHASA-BAHASA SABAH, bahasa penduduk di Sabah yang tidak terbatas kepada mereka yang sudah beratus tahun tinggal di Sabah dan di Kepulauan Melayu, tetapi juga termasuk mereka yang datang dari luar untuk bermastautin di situ. Dengan itu, bahasa yang dituturkan di Sabah tidak terhad kepada bahasa daripada rumpun Austronesia, tetapi juga bahasa dari rumpun yang lain. Golongan kedua ini diwakili oleh bahasa Cina yang terdiri daripada berbagai-bagai dialek, bahasa dari India, dan juga bahasa Inggeris. Di samping itu, terdapat bahasa Chabacano yang pada hakikatnya tidak termasuk dalam mana-mana rumpun, kerana bahasa yang dibawa oleh pendatang Filipina ini merupakan bahasa Kreol, hasil campuran bahasa Filipina, Sepanyol dan Inggeris. | BAHASA | Bahasa |
NAINA SURIA DEWANA | NAINA SURIA DEWANA ( ? - ? ), saudagar keturunan India (Keling) pada masa kerajaan Melayu Melaka. Dia bermastautin di Melaka dan menjadi kaya hasil kegiatan perdagangannya. Kekayaannya ada disebut dalam Sulalatus Salatin, “penghulu segala saudagar di dalam negeri Melaka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
NINA CATU | NINA CATU ( ? - 1514), saudagar keturuanan India (Keling), daripada golongan ceti, pada masa kerajaan Melayu Melaka. Nama sebenarnya mungkin Naina Ceti. Dia bermastautin di Melaka dan menjadi kaya hasil kegiatan perdagangannya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |