KANASTA | Kanasta ialah nama permainan kad bermata tinggi yang berasal dari Uruguay. | UMUM | |
ANABLEP | Anablep, juga dikenali sebagai ikan bermata empat, ialah ikan tropika kecil Amerika yang berenang di permukaan air. Matanya mencari arah perjalanan di dalam air. Sebahagian atas matanya boleh melihat menembusi air. Bahagian bawah matanya, yang berbeza strukturnya, boleh melihat di bawah air. | UMUM | |
SOTONG KURITA | Sotong kurita ialah haiwan laut berbadan bulat, bermata besar, dan mempunyai lapan tangan yang panjang. Terdapat kira-kira 100 spesies sotong kurita. Spesies yang paling terkenal hidup di dasar laut yang berbatu, berpasir, atau berlumpur di bahagian cetek laut di seluruh dunia. Lain-lain sotong kurita hidup di perairan dalam. | UMUM | |
SIKLOP | Siklop ialah krustasea air tawar. Ia mendapat namanya daripada Siklop, iaitu gergasi bermata satu di tengah kepalanya dalam mitologi Yunani. Siklop adalah krustasea kecil yang panjangnya sehingga satu milimeter. Ia hidup di dalam air tenang tasik atau kolam. | UMUM | |
MACHETE | Machete ialah parang yang besar dan berat, dan bentuk matanya seperti bilah pedang. Ia digunakan terutamanya di Amerika Selatan dan Hindia Barat. Machete yang digunakan sebagai senjata mempunyai mata yang panjang, biasanya antara 60 sentimeter hingga 90 sentimeter. Machete yang bermata pendek digunakan untuk memotong tebu dan menebas. Lihat juga Pisau. | UMUM | |
AL-AHWAS | Al-Ahwas (? –105 H. / ? –723 M.), salah seorang penyair kisah cinta di Hijaz pada zaman pemerintahan Umawiyyah. Nama penuhnya Abdullah ibn Muhammad ibn ‘Asim ibn Thabit al- ‘Awsi. Datuknya ialah ‘Asim ibn Thabit, meninggal dunia kerana demam akibat pertukaran musim. Dia bergelar al-Ahwas kerana bermata juling. | UMUM | |
MENGELE, JOSEF | Mengele, Josef (1911–1979) ialah doktor Jerman yang memilih sendiri 400 000 orang tawanan perang untuk dibunuh di dalam bilik gas di Auschwitz, kem tahanan Nazi ketika Perang Dunia II (1939–1945). Dia juga melakukan ujian yang zalim ke atas banduan, dengan tujuan menghasilkan satu bangsa yang mempunyai rambut perang dan bermata biru. Para banduan menggelarkannya sebagai “Malaikat Maut”. | UMUM | |