Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.me.gah] | برمݢه

Definisi : , bermegah-megah berasa megah, membanggakan diri, membesar-besarkan diri: orang kaya itu ~ dgn kekayaannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.me.gah] | برمݢه

Definisi : berasa besar hati; bangga: Ia ~ kerana mempunyai anak yg bertimbang rasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
megah (adjektif)
Bersinonim dengan bangga, besar hati, ranggi, perasan, riak, ujub;,
Kata Terbitan : bermegah, bermegah-megah, memegahkan, kemegahan,

Peribahasa

Tempayan yang penuh itu tidak berkocak airnya.

Bermaksud :

Orang yang berilmu tidak suka bermegah-megahkan dirinya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NIOBE

Niobe ialah permaisuri dalam mitologi Yunani yang

terkenal kerana perkabungannya yang abadi atas

kematian anak-anaknya. Niobe adalah anak Raja

Tantalus dan Permaisuri Dione, dan berkahwin

dengan Amphion, Raja Thebes. Dia bermegah

mengatakan disebabkan enam atau tujuh anak

lelakinya yang gagah dan enam atau tujuh anak

perempuan yang cantik-cantik, dia berhak

dimuliakan lebih daripada dewi Leto, yang hanya

mempunyai dua orang anak, Apollo dan Artemis.

Leto yang marah memerintahkan Apollo dan Artemis

membunuh anak-anak Niobe menggunakan panah.

Niobe sangat berdukacita dan menangisi kematian

anak-anaknya tanpa henti. Dewa yang kasihan

dengan keadaannya telah menukarkannya menjadi

batu yang mengeluarkan air seperti air mata.

Menurut sejarah, batu yang mempunyai air terjun di

bawahnya terletak di Gunung Sipylon di tempat yang

kini ialah Turki.

UMUM 
BOSWELL, JAMES

Boswell, James (1740–1795) ialah pengarang

Scotland yang menulis sebuah biografi tentang

Doktor Johnson, iaitu penulis dan pengkritik yang

penting. Walaupun kemasyhurannya terletak pada

karya The Life of Samuel Johnson (1791), tetapi

Boswell juga seorang penulis penting. Jurnalnya

yang begitu hidup memperlihatkan watak Boswell

yang penuh kontradiksi – ceria, pemuram, penuh

berahi tetapi warak, suka bermegah tetapi

pengasih.

UMUM 

Kembali ke atas