ROKAN, daerah yang terletak di bawah pentadbiran Propinsi Riau, Indonesia. Pada dasarnya, Rokan terletak antara Sungai Rokan Kiri dan Sungai Rokan Kanan yang bermuara dekat Bagan Siapi-Api di Selat Melaka. Dalam peta Portugis pada abad ke-16, Rokan dikenal dengan nama Arakan. Sejarah Melayu mencatatkan Raja Rokan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Raja Melaka.
PERAK, negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia, terletak di antara garisan bujur 10030’
Timur dan 10145’ Timur dan di antara garisan lintang 340’ Utara dan 550’ Utara. Perak di
sempadani oleh Selangor di selatan; Pahang dan Kelantan di timur; Kedah, Pulau Pinang dan
Thailand di utara; dan Selat Melaka di baratnya. Luas Perak ialah lebih kurang 21 005 kilometer
persegi, termasuklah sebahagian besar dataran pantai barat. Sungai Perak yang menjadi fokus
perkembangan penghidupan mengalir sejauh 406 kilometer ke selatan dan membelah Banjaran
Keledang di timur dan Banjaran Bintang di barat sebelum meliku ke barat di Teluk Intan dan
bermuara di Selat Melaka.
Thanks for clicking. That felt good.