Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.mu.da] | برمودا

Definisi : Mn bermain muda, bermukah, berzina; ~ diri selalu benar berkahwin; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bermuda


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEGI TIGA BERMUDA

Segi Tiga Bermuda, juga dikenali sebagai

Segi Tiga Syaitan, ialah kawasan laut di pantai

tenggara Florida, Amerika Syarikat. Banyak kapal

dan kapal terbang yang hilang di sini. Setiap hari

kapal perdagangan dan tentera melalui kawasan

ini dengan selamat. Namun sejak tahun 1854,

lebih daripada 50 buah kapal dan kapal terbang

telah hilang di dalam atau di sekitar kawasan ini.

UMUM 
PULAU SAINT GEORGE

Pulau Saint George lihat Bermuda (Lokasi,

saiz, dan pemerian).

UMUM 
AMERIKA BRITISH

Amerika British, merujuk kepada bahagian

utara dan selatan Amerika yang mempunyai

hubungan politik dengan United Kingdom (UK).

Sesetengahnya ialah negeri naungan UK, seperti

Anguilla, Bermuda, Kepulauan Virgin British,

Pulau Cayman, Kepulauan Falkland, Montserrat,

dan Kepulauan Turks dan Caicos. Banyak negara

merdeka yang menjadi sebahagian daripada

Amerika British. Negara-negara seperti ini

termasuklah Antigua dan Barbuda, Bahamas,

Barbados, Belize, Kanada, Dominica, Grenada,

Guyana, Jamaica, St. Christopher dan Nevis; St.

Lucia, St. Vincent dan Grenadines, dan Trinidad

dan Tobago. Kebanyakan unit politik Amerika

British ialah anggota Negara-negara Komanwel.

UMUM 

Kembali ke atas