TAOISME | Taoisme ialah satu falsafah yang bermula di China, kemungkinan pada tahun 300-an S.M. Ia juga adalah nama satu agama yang bermula kira-kira pada tahun 100-an S.M. Sepanjang beberapa abad seterusnya, falsafah ini telah mempengaruhi ramai para pelukis dan penulis di Timur dan Barat. | UMUM | |
KESULTANAN JOHOR | KESULTANAN JOHOR, institusi kerajaan Johor. Kesultanan Johor bermula daripada Kesultanan Johor-Riau-Lingga yang wujud sekitar abad ke-16. Pusat kerajaannya bermula di tanah besar Johor atau disebut juga 'Hujung Tanah' kemudian beralih ke Riau dan akhirnya sebelum berpecah, sultan bersemayam di Lingga. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
SATURNALIA | Saturnalia ialah pesta Rom purba untuk menghormati Saturn, iaitu dewa pertanian. Pesta Saturnalia bermula pada 17 Disember. Pada mulanya, ia berlangsung selama dua hari, tetapi akhirnya dilanjutkan selama seminggu. Saturnalia mungkin bermula sebagai perayaan kesyukuran untuk mengingati penanaman musim sejuk. Walau bagaimanapun, lama-kelamaan ia kehilangan kepentingan pertaniannya dan menjadi pesta bersuka ria. Malah golongan hamba juga diberikan pelepasan sementara bagi merayakan hari ini. Pesta ini adalah dalam bentuk jamuan, lawatan dan pemberian hadiah. Hadiah yang paling popular dalam perayaan ini ialah lilin dan patung tanah liat yang kecil. Lihat juga Saturn (Dewa Rom). | UMUM | |
PERANG VIETNAM | Perang Vietnam ialah konflik besar yang berlaku di Asia Tenggara. Perang itu bermula daripada perang saudara untuk menentukan kerajaan Vietnam. Ia akhirnya menjadi konflik antarabangsa yang besar, melibatkan Amerika Syarikat dalam peperangan yang paling lama pernah disertai oleh rakyat Amerika. Ia bermula pada tahun 1957 dan berakhir pada tahun 1975. Vietnam , sebuah negara kecil di Asia Tenggara, telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Vietnam Utara yang diperintah oleh kerajaan komunis dan Vietnam Selatan yang diperintah oleh kerajaan bukan komunis. Vietnam Utara dan pemberontak Vietnam Selatan yang dilatih oleh pihak komunis bertempur bersama-sama untuk menguasai Vietnam Selatan. Tentera Amerika Syarikat dan Vietnam Selatan cuba menghalang mereka tetapi gagal. | UMUM | |
TAHIRIYYAH, KERAJAAN | Tahiriyyah, Kerajaan (205–209 H./820–872 M.) bermula di Khurasan. Kerajaan ini diasaskan oleh Tahir ibn Husayn, salah seorang panglima Khalifah Ma’mun yang dipercayai. Khalifah Ma’mun menyerahkan Khurasan kepada Tahir pada tahun 205 H./820 M. Kemudian Khalifah Ma’mun menyerahkan kuasa pentadbiran kepadanya di daerah sebelah timur keseluruhannya bermula dari Baghdad. Tahir menjadikan Naisabur sebagai pusat pemerintahannya di Khurasan. | UMUM | |
APARTEID | Aparteid bermula dari tahun 1948 hingga tahun 1991 adalah dasar kerajaan Afrika yang berdasarkan kepada pengasingan kaum. Perkataan aparteid bermakna pengasingan dalam bahasa Afrika, satu daripada bahasa rasmi Afrika Selatan. | UMUM | |
MENGGOLEK BALAK | Menggolek balak bermula pada tahun 1840-an di kem balak di Kanada dan di utara Amerika Syarikat. Pembalak menjadi begitu mahir “menunggang” kayu-kayu balak di sungai, iaitu dari hutan hingga ke kilang papan dan mereka mengadakan pertandingan untuk mendapatkan pada setiap bahagian hujung kayu balak yang terapung dan cuba menggolek kayu balak dengan begitu laju sekali dengan kaki mereka, atau mengundurkan pergerakannya dengan cepat sekali, sehinggakan lawannya jatuh ke dalam air. | UMUM | |
SUNGAI BRISBANE | Sungai Brisbane bermula di bukit dan banjaran kira-kira 100 kilometer di barat laut bandar Brisbane, Australia. Cawangannya yang utama ialah Sungai Stanley, Lockyer Creek, Warrill Creek, dan Sungai Bremer. Sungai Brisbane mengalir ke selatan melalui lembah rekahan Esk ke Teluk Moreton. Panjang sungai ini ialah kira-kira 320 kilometer. | UMUM | |
SAUDI PERTAMA, KERAJAAN | Saudi Pertama, Kerajaan bermula pada tahun 1157 H. bersamaan 1744 M. dan berakhir pada tahun 1233 H. bersamaan 1818 M. hasil daripada termeterainya perjanjian damai dengan Ibrahim Basya. Keluarga Sa‘ud dinasabkan kepada datuk mereka, iaitu Sa‘ud ibn Muhammad ibn Muqrin ibn Murkhan ibn Ibrahim ibn Musa ibn Rabi‘ah ibn Mani ibn Rabi‘ah al-Muridiy, iaitu Nasab yang diyakini benar. Nasab mereka terhenti kepada Bakar ibn Wa’il dari Kabilah Adnan yang tulen. | UMUM | |
PERANG PERANCIS-PRUSSIA | Perang Perancis-Prussia bermula pada tahun 1870 akibat suatu perbalahan antara Perancis dengan Prussia, sebuah negeri di Jerman. Kesemua negeri Jerman yang lain menyertai Prussia, dan konflik tersebut menjadi perbalahan antara Perancis dengan Jerman. | UMUM | |