Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.mu.sa.fir] | برمسافير

Definisi : melakukan perjalanan atau pe­ngembaraan: orang yg sedang ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.mu.sa.fir] | برمسافير

Definisi : melakukan perjalanan atau pengembaraan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bermusafir


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TIMOTHY

Timothy ialah salah seorang daripada sahabat

Saint Paul . Dia berkemungkinan lahir di Lystra, di

Asia Kecil. Bapanya berbangsa Yunani dan ibunya

Yahudi (Acts 16:1, II Timothy 1:5). Dia dipercayai

memeluk agama Kristian apabila Paul bermusafir

untuk mengembangkan agama buat pertama kali

dan telah bercakap dengannya. Walau

bagaimanapun, Paul tidak pernah berbincang

tentang pertemuan pertama mereka dan Timothy

hanya dikenali sebagai pengikut apabila dia

bertemu Paul di Lystra (Acts 16:1–3). Timothy

mengikut Paul dalam perjalanannya yang kedua

dan dia dikenali sebagai sahabat dan teman

seperjalanan Paul yang dipercayai sehingga

kematiannya. Timothy kemudian mengambil alih

tempat Paul sebagai biskop Gereja Ephesus. Dia

dipercayai mati kerana agama lebih kurang pada

tahun 100 M.

UMUM 
DAYLAMIY, SYIRAWAYH AL-

Daylamiy, Syirawayh al- (445–509 H/1053–

1115 M), ahli hadith, hafiz dan ahli sejarah. Nama

penuhnya ialah Shirawayh ibn Shahruddar ibn

Fanákhusru ibn Khusrakán. Dia dikenali sebagai

Abú Shujá al-Daylamiy al-Hamzániy. Dia menuntut

ilmu hadith dan sentiasa bermusafir dalam

usahanya itu. Ramai yang meriwayatkan hadith

daripadanya seperti anaknya sendiri, Shahruddár,

al-Háfiz Abú Musá al-Madiniy, dan Abú Tahir al-Silfiy.

UMUM 
NABI YA‘KUB A.S.

Nabi Ya‘kub a.s. ialah bapa kepada 12 buah puak.

Baginda merupakan sandaran bagi bangsa Bani

Israel . Baginda digelar Israel yang bermakna “roh

Allah” dalam bahasa Ibrani. Nabi Ya’kub a.s. lahir di

Kanaan (Palestin). Kemudian, Nabi Ya‘kub a.s.

dibesarkan di bawah jagaan bapa baginda, Nabi

Ishaq ibn Ibrahim a.s. Ketika dewasa, ibunya

menyuruh Nabi Ya‘kub a.s. pergi bermusafir

menemui bapa saudara sebelah ibunya di Iraq

kerana ibunya takut saudaranya itu berasa marah

sekiranya dia tidak menunaikan janjinya dulu. Di

sana , Nabi Ya‘kub a.s. mengahwini dua orang anak

perempuan pak ciknya. Nabi Ya‘kub a.s. juga

diberikan jariah untuk kedua-dua orang isterinya itu.

Selepas itu, keempat-empat orang wanita ini telah

melahirkan 12 orang anak yang diberi gelaran

asbat” (puak). Setiap mereka inilah yang menjadi

bapa kepada puak-puak Bani Israel. Penglihatan

Nabi Ya‘kub a.s. pernah hilang akibat terlalu sedih

mengenangkan nasib anaknya, Nabi Yusuf a.s. yang

telah disingkir oleh saudara-saudaranya melalui

konspirasi jahat mereka. Namun, Allah SWT telah

mengembalikan penglihatannya setelah dia

menerima baju anaknya, Nabi Yusuf a.s. Nabi Ya‘kub

a.s. dapat berjumpa semula dengan anaknya itu

selepas lama kehilangannya, serta lama

menanggung kesedihan dan penderitaan yang

berat. Nabi Ya‘kub a.s. wafat di Mesir setelah 17

tahun duduk bersama anak kesayangannya Nabi

Yusuf a.s.

UMUM 

Kembali ke atas