Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.mu.su.han] | برموسوهن

Definisi : bersikap sbg musuh (antara satu sama lain), berlawanan, berten­tangan: memang nafsu itu sentiasa ~ dgn akal fikiran; dgn tiba-tiba sahaja kami ~ dgn me-reka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.mu.su.han] | برموسوهن

Definisi : saling menganggap sbg musuh antara satu dgn yg lain: Sejak dahulu lagi, mereka ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
musuh (kata nama)
Bersinonim dengan seteru, lawan, penentang, pembangkang, pembantah, pesaing, pemberontak, petualang, antagonis, udu;,
Kata Terbitan : bermusuh, bermusuhan, memusuhi, permusuhan,

Peribahasa

Minyak dengan air adakah (= bolehkah) bercampur?

Bermaksud :

Tak akan dapat bersatu (kerana bermusuhan dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: Sebagai minyak dengan air).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MALLARMÉ STÉPHANE

Mallarmé Stéphane (1842–1898) ialah penyair

(pemuisi) dan pengkritik Perancis yang lahir di

Paris. Dia terkenal dengan sajak khayalannya

L’Aprés-midi d’un faune (Petang Seorang Dewa

1876). Selain pertemuan mingguan dengan

sekumpulan penyajak dan artis Eropah di Paris,

Mallarmé hidup terasing daripada masyarakat.

Mallarmé menganggap masyarakat bermusuhan

dengan nilai penyair.

UMUM 
MINUIT, PETER

Minuit, Peter (1580–1638) ialah gabenor koloni

Belanda. Dia membeli Pulau Manhattan (kini

sebahagian daripada New York City) daripada

Orang Asli Amerika pada tahun 1626 dengan

barang kodi yang bernilai 60 guilder Belanda, atau

kira-kira 24 dolar Amerika (lihat Pulau Manhattan).

Pembelian ini menyebabkan terdirinya

penempatan di pulau itu secara sah oleh Syarikat

Hindia Barat Belanda. Minuit mendirikan New

Amsterdam, sebuah penempatan di bahagian

bawah pulau itu yang menjadi pusat aktiviti syarikat

tersebut. Walaupun penduduknya dilindungi oleh

air di tiga sisi, tetapi Minuit membina Fort

Amsterdam sebagai perlindungan tambahan

daripada Orang Asli Amerika yang bersikap

bermusuhan. New Amsterdam ialah asas

permulaan New York City.

UMUM 
SENOPATI

SENOPATI (  ?   -1601), pengasas Kesultanan Mataram (1582-1601).  Mataram muncul selepas keruntuhan kerajaan Majapahit pada abad ke-16.  Mataram pada asalnya adalah sebuah daerah di Jawa Tengah dan menjadi sebahagian daripada kerajaan Majapahit.  Kelemahan pemerintahan kerajaan Majapahit pada penghujung abad ke-16, menyebabkan banyak tanah jajahannya seperti Pajang, Jipang, Surabaya dan Demak membebaskan diri.  Antara negeri yang terbesar ialah Pajang dan Jipang. Kedua-duanya bersaing hebat dan bermusuhan.  Dalam proses pertelingkahan itu, Pajang yang dipimpin oleh Pangeran Adiwijoyo telah dibantu oleh Kiai Gadai Pemanahan.  Sebagai menghargai jasanya mengalahkan Jipang, Mataram telah dihadiahkan kepadanya.  Sejak itu, Mataram mula berkembang dan membangun menjadi sebuah negeri yang kuat.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas