RUMAH GADANG, rumah tradisional yang dimiliki bersama sebagai rumah pesaka oleh keluarga matrilineal di daerah Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia. Rumah ini menjadi pusat pengaturan segala yang bersangkutan dengan kehidupan para kerabat matrilineal, dan juga melambangkan semangat demokrasi kerana di sinilah tempat rakyat bermusyawarah dan melaksanakan acara adat serta acara keagamaan.
Thanks for clicking. That felt good.