MONOTAIP | Monotaip ialah mesin bagi menghasilkan taip logam untuk mencetak. Monotaip terkenal dengan hasil kerja yang bermutu tinggi. Ia telah digunakan untuk mencetak buku yang baik mutunya termasuk juga katalog, majalah, dan bahan bercetak lain. Dalam kebanyakan kerja mencetak, monotaip telah diambil alih oleh mesin fotokomposisi. Fotokomposisi ialah satu bentuk atur huruf yang melibatkan penghasilan imej huruf taip di atas filem atau kertas fotosensitif (lihat Percetakan [Mengatur huruf]). | UMUM | |
BUNGA RAMPAI SASTERA | BUNGA RAMPAI SASTERA, himpunan petikan pelbagai genre sastera yang dianggap bermutu tinggi. Dalam sejarah persuratan Melayu dan Nusantara, Bunga Rampai Sastera pada mulanya digunakan hanya untuk himpunan karya klasik. Dua contohnya ialah Bunga Rampai: Dari Hikayat Lama (diselenggarakan oleh Sanusi Pane, 1956) dan Bunga Rampai Melayu Kuno (diselenggarakan oleh M.G. Emeis, 1967). | SASTERA | Karya |
DANTE ALIGHIERI | Dante Alighieri (1265–1321) ialah pengarang Itali dan salah seorang penyair yang termasyhur pada Zaman Pertengahan. Puisi epiknya The Divine Comedy tergolong sebagai puisi yang paling bermutu dalam dunia kesusasteraan. | UMUM | |
ANUGERAH SENIMAN NEGARA | Anugerah Seniman Negara ialah penghargaan dan penghormatan kerajaan Malaysia kepada seseorang yang telah mencapai satu tahap yang telah ditetapkan oleh penganjur. Antara yang diambil kira ialah sumbangan yang cemerlang dalam perkembangan seni tanah air melalui ciptaan yang bermutu tinggi. | UMUM | |
SALINA | Salina ialah novel karya Sasterawan Negara, A. Samad Said. Nama asal novel ini ialah Gerhana, tetapi ditukar menjadi Salina apabila diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1961. Novel ini adalah pemenang hadiah penghargaan Peraduan Novel DBP pada tahun 1958. Salina dianggap oleh kebanyakan pengkritik sastera sebagai novel Melayu yang bermutu dan merupakan salah satu puncak dalam perkembangan kesusasteraan Melayu. Novel ini juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Perancis, Cina, Korea dan Jepun. | UMUM | |
TENEMEN | Tenemen ialah satu istilah yang kerap digunakan untuk menerangkan tentang rumah kediaman yang sesak lagi usang. Tenemen juga merujuk kepada sebarang bangunan kediaman yang disewakan kepada dua atau lebih keluarga atau penyewa. Sebuah tenemen boleh merupakan sebuah bangunan kediaman lama yang diubahsuai untuk menempatkan keluarga yang berpendapatan rendah dengan kemudahan yang kurang bermutu. | UMUM | |
SHEFFIELD | Sheffield (pend. 500 500; pend. kaw. met. 1 303 200) ialah bandar raya perindustrian di utara-tengah England. Bandar raya ini terletak di kawasan berbukit yang indah di pertemuan Sungai Don dan Sungai Sheaf (lihat England [peta politik]). Sebagai sebuah bandar raya perindustrian yang penting, Sheffield telah lama menjadi sebuah pusat untuk pengeluaran keluli, pinggan perak, dan barangan logam bermutu tinggi. Alat memotong dan kutleri, iaitu barangan perak, cerek, dan perkakas meja lain terkenal pada peringkat antarabangsa. | UMUM | |
PAKAIAN PERKAHWINAN | PAKAIAN PERKAHWINAN, pakaian yang dipakai oleh pengantin di majlis perkahwinan. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain songket, broked atau kain renda yang bermutu tinggi. | BUDAYA | Pakaian |
HADIAH SASTERA TUNAS CIPTA | Hadiah Sastera Tunas Cipta (HSTC), hadiah dwitahunan yang diberikan kepada penulis yang berumur 16 hingga 25 tahun yang karya bermutu mereka tersiar dalam majalah Tunas Cipta. | SASTERA | Anugerah/Hadiah |
HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA | Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM), satu pengiktirafan yang diberikan terhadap karya-karya sastera yang bermutu dalam pelbagai genre di Malaysia. | SASTERA | Anugerah/Hadiah |