PAK KADUK, nama watak dalam cerita jenaka Melayu, sastera rakyat. Pak Kaduk melalui “Cerita Pak Kaduk” membawa watak bodoh sial. Dia bernasib baik tetapi rezeki tidak di pihaknya kerana sifat tamaknya. Dia juga tidak boleh dianggap bodoh seperti Pak Pandir kerana dia berdaya menggunakan akal supaya mendapat manfaat daripada usaha yang dilakukan. Malangnya tindakan yang diambil setelah membuat pertimbangan tidak sesuai dengan keadaan sebenar, menyebabkan dia kerugian, iaitu ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’.
PAK BELALANG, nama watak dalam cerita jenaka Melayu, sastera rakyat. Dalam kumpulan cerita jenaka Melayu, Pak Belalang ialah suatu watak yang paling pintar dan paling bernasib baik. Berbanding dengan watak-watak lain, apa yang dilakukannya member dia ganjaran yang baik dan menyelamatkannya. Di pihak yang lain, Pak Belalang juga mendapat keuntungan kerana unsur kebetulan. Pak Belalang memperlihatkan tanda sedia berusaha untuk memperbaiki kesusahan hidup yang dihadapinya. Dia menipu orang kampung sebagai nujum pada hal dia yang menyuruh anaknya menyembunyikan kerbau mereka.
Thanks for clicking. That felt good.