Persidangan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (Conference on Security and Cooperation in Europe – CSCE) ialah siri persidangan yang diadakan untuk meningkatkan kerjasama di antara negara-negara Timur dengan Barat Eropah. Sehingga akhir tahun 1991, peserta persidangan ini ialah Kesatuan Soviet dan semua negara di Eropah, termasuk Amerika Syarikat dan Kanada. Pada tahun 1991, Kesatuan Soviet berpecah dan menjadi beberapa buah negara yang merdeka. Sejak itu, Rusia menduduki kerusi Kesatuan Soviet, dan negeri- negeri yang dahulunya bernaung di bawah Kesatuan Soviet juga telah menyertai CSCE. Sebahagian daripada negara-negara tersebut adalah di Asia Barat dan Asia Tengah. Kini, kira-kira 50 buah negara secara rasmi menyertai CSCE. |