Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.rom.ba/.rom.ba/]/[ber.om.ba/.om.ba/] | براومبق-اومبق

Definisi : 1. mempu­nyai ombak, bergelombang kecil-kecil: angin bertiup dan laut pun ~; 2. berkeluk-keluk turun naik (spt gelombang kecil): tirai ~ sbg latar belakang tambah mencantikkan reka­annya; rambutnya ~ rambutnya ikal; 3. sesak (spt orang yg bernafas dgn kencang), sebak (kerana tekanan perasaan): dadanya semakin ~; suara bisikan halus itu membuat jiwanya ~ dgn seribu kemarahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.rom.ba/.rom.ba/]/[ber.om.ba/.om.ba/] | براومبق-اومبق

Definisi : 1 bergulung-gulung (bkn air laut dsb). 2 kelihatan spt ombak (bkn rambut dll); berketak-ketak: Rambut gadis itu panjang dan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ombak (kata nama)
Bersinonim dengan gelombang, olak, alun, riak;,
Kata Terbitan : berombak, berombak-ombak,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SWEET PEA

Sweet pea ialah bunga taman kegemaran yang

tergolong dalam famili yang sama dengan famili

kacang pis. Sweet pea ditanam kerana kecantikan

dan keharuman bunganya. Bunga sweet pea

berwarna biru, merah, samar, ungu atau putih.

Sesetengahnya kelihatan seperti rama-rama.

Terdapat lebih daripada 1000 jenis sweet pea. Pada

sesetengahnya, kelopak bunganya licin dan bak

baldu. Pada yang lain, bunganya berkedut-kedut

dan berombak-ombak. Tumbuhan ini mungkin

kerdil, yang tumbuh berhampiran dengan tanah

atau memanjat, yang tumbuh di sepanjang tali atau

junjung. Terdapat juga banyak jenis tumbuhan saka

yang menarik dari selatan Eropah. Misalnya,

everlasting pea tumbuh liar di United Kingdom.

Bunganya besar dan berwarna samar magenta.

UMUM 

Kembali ke atas