| MESIN GERAKAN BERPANJANGAN | Mesin gerakan berpanjangan ialah alat hipotetikal yang boleh secara berterusan menghasilkan kerja tanpa input tenaga, secara berterusan menukarkan tenaga sepenuhnya kepada kerja, atau secara berterusan menghasilkan lebih banyak tenaga daripada yang digunakannya. Tiada siapa pun yang berjaya membina mesin gerakan berpanjangan, dan hampir semua ahli sains dan jurutera percaya tiada siapa pun yang akan berjaya membinanya.  | UMUM |   | 
			
				| PERSENGKETAAN | Persengketaan ialah konflik yang berpanjangan dan kadangkala boleh menyebabkan perbunuhan di antara individu, keluarga, atau kumpulan. Sengketa sering terjadi dalam masyarakat yang kekurangan pasukan polis, agensi penguatkuasaan undang-undang kerajaan, atau bentuk pihak berkuasa pusat yang lain. Persengketaan lazim berlaku di kawasan yang jauh dari pusat penguatkuasaan atau di tempat yang pelaksanaan penguatkuasaan pusat sukar dilakukan kerana rupa buminya yang berceranggah dan iklimnya yang teruk. Selain itu, manusia yang menolak undang- undang sering terlibat dalam persengketaan. Contohnya, persengketaan boleh berlaku di kalangan geng muda bandar dan kumpulan penjenayah.  | UMUM |   | 
			
				| KEBULURAN | Kebuluran ialah kekurangan makanan yang  berpanjangan yang menyebabkan kelaparan dan  kematian secara meluas. Sepanjang sejarah,  kebuluran berlaku sekurang-kurangnya satu  kawasan di dunia ini selang beberapa tahun.  | UMUM |   | 
			
				| KAKI RENDAMAN | Kaki rendaman juga dikenali sebagai trench  foot , merupakan keadaan penyakit pada bahagian  bawah anggota dan kaki yang disebabkan  pendedahan berpanjangan pada keadaan sejuk  lembap.  | UMUM |   | 
			
				| MACE | Mace ialah gas cecair pemedih mata, yang boleh   disemburkan daripada bekas yang bertekanan. Gas  ini menyebabkan mata berasa panas dan banyak  mengeluarkan air mata. Mace boleh menyebabkan  hilang upaya tetapi tidak berpanjangan. Istilah Mace   dan Chemical Mace ialah tanda perniagaan yang  digunakan oleh Smith & Wesson Chemical  Company, Inc., Amerika Syarikat, tetapi syarikat-  syarikat lain ada juga yang mengeluarkan cecair  kimia yang sama tetapi jenis gas yang boleh dikawal  dengan tangan.  | UMUM |   | 
			
				| KESUSASTERAAN ITALI | Kesusasteraan Itali termasuk banyak karya  agung yang ditulis sejak awal tahun 1200-an.  Kesusasteraan ini juga telah menggalakkan gerakan  budaya yang penting, yang membawa kesan  berpanjangan terhadap kesusasteraan negara lain.  | UMUM |   | 
			
				| SELARAN MATAHARI | Selaran matahari ialah keradangan kulit yang menyakitkan disebabkan oleh pendedahan yang berlebihan kepada cahaya matahari. Keadaan ini mungkin hanya merupakan sedikit kemerahan pada kulit, yang hilang dalam masa beberapa jam, atau bengkak, lecur, dan kemerahan yang teruk pada kulit, yang mengelupas sebelum ia sembuh. Selaran yang teruk boleh menyebabkan rasa sejuk, pitam, demam, dan lemah. Pendedahan yang berpanjangan dan berulang-ulang kepada cahaya matahari boleh juga menyebabkan ketuaan kulit sebelum masanya dan kanser kulit.  | UMUM |   | 
			
				| SILAU SALJI | Silau salji ialah kekurangan tahap penglihatan sementara akibat cahaya matahari yang terang yang terpantul dari salji. Penyembuhan dalam tempoh 24 jam adalah biasa. Kadangkala seseorang itu menghadapi masalah membezakan warna selepas silau salji, dan melihat semua benda berwarna merah bagi tempoh yang lama. Dalam kebanyakan kes, silau salji akan hilang apabila seseorang itu merehatkan mata dan tidak keluar rumah. Walau bagaimanapun, dalam keadaan yang jarang-jarang berlaku, pendedahan yang berpanjangan kepada cahaya terpantul boleh mengakibatkan retinopati suria iaitu gangguan yang mungkin boleh menyebabkan sesetengah hilang penglihatan yang kekal. Memakai cermin mata hitam atau gogal gelap dapat menghalang silau salji.  | UMUM |   |