Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pa.sa.ngan] | برڤاسڠن

Definisi : 1. merupakan pasangan kpd: gelas ini ~ dgn yg itu; 2. = berpasang-pa­sangan berpasang, berdua-dua (sepasang-sepasang): para tamu sama ~ mengikuti irama muzik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pa.sa.ngan] | برڤاسڠن

Definisi : ; berpasang-pasang 1. banyak pasang, bebe­rapa pasang: ~ kasut yg dibelinya; 2. berdua­-dua, sepasang-sepasang: kasut itu disusun ~; mereka datang ke kelab malam itu ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pa.sa.ngan] | برڤاسڠن

Definisi : 1 ada pasangannya; berdua: Dia pergi seorang diri, tidak ~. 2 merupakan pasangan kpd: Dia ~ dgn saya ketika pergi ke majlis itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pasang1 (kata nama)
Bersinonim dengan jodoh, kelamin;,
Kata Terbitan : sepasang, berpasangan, memasangkan, pasangan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SOMES, MICHAEL

Somes, Michael (1917–1994), menjadi masyhur

sebagai penari dengan Kumpulan Balet Sadler

Wells (kini Royal Ballet). Sebagai penari utama lelaki dengan

Syarikat Sadler’s Wells, Somes sering berpasangan dengan

penari balet wanita Margot Fonteyn. (Lihat Fonteyn, Dame Margot).

Dia mencipta peranan dalam Horoscope,

Symphonic Variations, dan Daphnis and Chloe.

Michael George Somes lahir di Horsley di

Gloucestershire, England.

UMUM 
TARANTELLA

Tarantella ialah tarian rakyat yang popular,

berasal dari selatan Itali. Tarantella ialah tarian yang

rancak dan bertenaga yang dipersembahkan

dengan kepantasan enam per lapan kali masa

sebenar. Tarian ini biasanya ditarikan secara

berpasangan dan sering diiringi muzik yang

menggunakan alat kastanet dan tamburin.

UMUM 
TARIAN NGAJAT

TARIAN NGAJAT, tarian suku kaum Iban, Kenyah, Kayang, Bidayuh dan Orang Ulu di Sarawak. Tidak dapat dipastikan asal usul tarian ini. Walau bagaimanapun, ngajat dikatakan berkembang di rantau ini pada sekitar abad ke-16. Pada zaman dahulu, ngajat lazimnya ditarikan oleh kaum lelaki sahaja atau, sekiranya perempuan, perempuan sahaja yang menari. Tidak pernah dilakukan penari lelaki berpasangan dengan penari perempuan dalam sesuatu persembahan. Kini, sesuai dengan peredaran masa, ngajat telah diubahsuai dan boleh ditarikan secara berpasangan, lelaki dan perempuan.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
NUREYEV, RUDOLF

Nureyev, Rudolf (1938–1993) ialah salah

seorang penari balet teragung pada tahun 1900-

an. Dia menjadi masyhur kerana personaliti

persembahannya yang menarik dan teknik tarian

yang bertenaga dan penuh perasaan. Nureyev

menari lebih daripada 100 peranan. Pada tahun

1962, dia mula menari berpasangan dengan

balerina Inggeris yang masyhur, iaitu Dame

Margot Fonteyn. Mereka mengadakan

persembahan bersama-sama dalam balet seperti

Giselle, Swan Lake, dan Les Sylphides . Sebagai

koreografer (penggubah tarian), Nureyev

mencipta versi baru beberapa balet, termasuk

Don Quixote, The Nutcracker, dan Raymonda.

UMUM 
RACQUETBALL

Racquetball ialah sejenis permainan yang pantas

dan menyeronokkan, dan kebanyakannya dimainkan

di Amerika Syarikat. Pemain memukul sebiji bola

dengan menggunakan raket yang menyerupai

raket tenis kecil. Kebanyakan permainan ini

dimainkan dalam gelanggang tertutup yang

berukuran 6.1 meter tinggi, 12.2 meter panjang dan

6.1 meter lebar. Permainan ini boleh dimainkan

secara perseorangan ataupun berpasangan. Dalam

permainan bola raket cut-throat , tiga pemain

bersaing sesama sendiri.

UMUM 
REBANA

REBANA, alat muzik tradisi Melayu jenis gendangan yang tergolong dalam kategori membranofon (membronophone). Alat muzik ini mempunyai kerangka yang bulat yang diperbuat daripada kayu dan sebelah mukanya ditutupi oleh kulit binatang. Rebana berbunyi lantang. Ianya berfungsi untuk mengiringi persembahan tarian dan nyanyian Melayu tradisi atau sesuatu upacara perarakan rasmi. Biasanya atal muzik ini dimainkan secara berkumpulan atau berpasangan.

BUDAYAAlat/Alatan

Kembali ke atas