Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pe.ja.bat] | برڤجابت

Definisi : mempunyai pejabat: Syarikatnya ~ di Kelang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berpejabat


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
JELUTONG PRESS

JELUTONG PRESS, syarikat percetakan Melayu. Percetakan ini ditubuhkan pada tahun 1927, berpejabat di Jelutong, Pulau Pinang oleh Syed Syekh al-Hadi dengan sokongan sahabat karibnya, Haji Abu Bakar (Haji Bacik atau Bacik Melaka).

SASTERAInstitusi/Organisasi
UTUSAN ZAMAN

UTUSAN ZAMAN, akhbar bertulisan Jawi yang diterbitkan di Singapura sejak 5 November 1939.  Akhbar yang diterbitkan setiap hari Ahad ini dicetak oleh Utusan Melayu Singapore Press Ltd. yang berpejabat di Cecil Street.  Bermula dari bulan Mac 1958, Utusan Zaman diterbit dan dicetak di Kuala Lumpur oleh Utusan Melayu Press Ltd.

SASTERAPenerbitan
JAMILIAH PRESS, MUAR

JAMILIAH PRESS, MUAR,  syarikat percetakan Melayu.  Percetakan ini ditubuhkan pada pertengahan tahun 1920-an, berpejabat di Parit Jamil, Muar, Johor oleh Haji Jaafar Haji Taib, dengan kerjasama Haji Kassim Haji Salleh.  Percetakan ini memiliki tiga buah mesin cetak yang menggunakan tenaga manusia dan sebuah mesin pemotong kertas.

SASTERAInstitusi/Organisasi
PENERBITAN FEDERAL BERHAD

PENERBITAN FEDERAL BERHAD, penerbit. Ia ditubuhkan semenjak tahun 1960-an di Kuala Lumpur, Singapura dan Hong Kong.  Penerbit ini turut memainkan peranan dalam menerbitkan karya sastera Melayu yang terhasil sekitar tahun tersebut, terutama oleh cawangannya yang berpejabat di Kuala Lumpur.  Penerbitan karya sastera Melayu ini diletakkan di bawah satu siri penerbitan yang diberi nama ‘Siri Sastera Federal’.

SASTERAPenerbitan

Kembali ke atas