Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pen.da.pat] | برڤنداڤت

Definisi : mempunyai pendapat (pan­dang­an); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berpendapat


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SYIAH

Syiah. Syiah ialah satu kumpulan orang Islam yang

berpendapat bahawa kepimpinan negara (imamah

atau khilafah ) bukan lagi satu keperluan umum yang

diserahkan kepada orang ramai untuk

menentukannya, malah ia menjadi satu rukun dan

satu daripada prinsip agama Islam. Oleh yang

demikian, mereka beranggapan bahawa adalah tidak

wajar Rasulullah s.a.w. meninggalkan urusan ini atau

menyerahkannya untuk diselesaikan sendiri oleh

umat Islam. Baginda wajib menentukan imamah yang

akan mentadbir urusan orang Islam. Lalu kumpulan

ini membuat andaian bahawa Nabi Muhammad s.a.w.

telah mewasiatkan imamah kepada Sayidina Ali ibn

Abu Talib sebagai pengganti Baginda.

UMUM 
SINAR KOSMIK

Sinar kosmik ialah zarah bertenaga tinggi

yang berasal dari angkasa lepas. Ahli sains

berpendapat sinar ini memenuhi Bima Sakti dan

juga galaksi lain. Sinar kosmik terdiri daripada

zarah subatom yang membawa satu cas elektrik,

seperti proton, elektron, dan nukleus atom.

Di angkasa lepas, sinar ini bergerak pada

kelajuan yang hampir sama dengan kelajuan

cahaya, iaitu 299 792 kilometer per saat.

UMUM 
SYDENHAM, THOMAS

Sydenham, Thomas (1624–1689), salah seorang

doktor Inggeris yang paling dikagumi pada

zamannya. Dia berpendapat bahawa perubatan

hendaklah dipelajari melalui pengalaman di katil

pesakit dan amalan perubatan hendaklah

didasarkan pada pemerhatian, bukannya dengan

membaca buku atau menggunakan teori. Dia

merupakan pemerhati yang tajam dan memberikan

huraian yang sangat baik tentang gout, demam

skarlet, campak dan influenza.

UMUM 
ERA SENOZOIK

Era Senozoik ialah era yang paling baru

menurut skala masa geologi sejarah bumi. Ahli

geologi berpendapat bahawa era ini bermula

lebih kurang 65 juta tahun dahulu. Ada kalanya ini

dikenali sebagai Zaman Mamalia.

UMUM 
AINU

Ainu ialah sekumpulan penduduk yang mungkin

merupakan penduduk pertama Jepun. Kini terdapat

15 000 orang Ainu yang kebanyakannya tinggal di

Hokkaido, salah sebuah pulau utama Jepun yang

terletak paling utara. Sesetengah ahli antropologi

berpendapat bahawa kaum Ainu ada hubungannya

dengan orang Eropah. Ada ahli antropologi yang

lain pula berpendapat bahawa orang Ainu ada

kaitan dengan orang Asia atau Orang Asli

Australia, penduduk asal Australia.

UMUM 
ARISTIDES

Aristides (530?–468? S.M.) yang dikenali sebagai

“Just” ialah negarawan dan pemimpin tentera

Athens. Dia adalah pesaing kepada Themistocles,

yang ingin menjadikan Athens sebagai satu kuasa

tentera laut. Aristides berpendapat bahawa

memang baik sekali Athens mengekalkan tentera

darat yang berkuasa berbanding dengan tentera

laut, kerana tentera darat mengalahkan tentera

Parsi dalam pertempuran Marathon pada tahun

490 S.M. Isu antara mereka berdua telah

diputuskan oleh orang ramai pada tahun 482 S.M.

Mengikut adat, orang Athens mengundi sama ada

Aristides atau Themistocles harus dinyahkan

(dibuang negeri). Setiap pengundi menulis salah

satu nama di atas ostrakan (sekeping tembikar).

Aristides kalah undi dan dibuang negeri.

UMUM 
NEW ENGLAND

New England ialah sebuah wilayah di utara New

South Wales, Australia. Ia merupakan kawasan

tanah tinggi yang terbesar di Australia. Kawasan ini

tidak mempunyai sempadan yang jelas. Tetapi

kebanyakan orang berpendapat bahawa ia

termasuk juga kawasan penara yang menganjur

dari Sungai Macintyre dengan sempadan

Queensland di bahagian utara, ke Banjaran Moonbi

berhampiran Tamworth di bahagian selatan.

UMUM 
NERVI, PIER LUIGI

Nervi, Pier Luigi (1891–1979) ialah arkitek dan

jurutera Itali. Reka bentuknya menggambarkan

kepercayaannya bahawa bentuk struktur industri

yang praktik mestilah cantik dan anggun

berdasarkan reka bentuk yang ringkas. Nervi

terlatih sebagai jurutera dan dia berpendapat

bahawa kecantikan arkitek mestilah diperoleh

berdasarkan pengiraan matematik berbanding

dengan pertimbangan estetika. Kerja Nervi mula

dikenali apabila dia menggunakan konkrit

bertetulang dengan cantik. Dia membina beberapa

teknik struktur dengan menggunakan konkrit.

UMUM 
SAFAR

Safar adalah bulan kedua mengikut Takwim Hijrah.

Nama tersebut mula digunakan sekitar tahun 412

M., iaitu pada zaman Kilab ibn Murrah; datuk Nabi

Muhammad s.a.w. yang kelima. Terdapat beberapa

pandangan tentang asal usul nama Safar. Ada yang

berpendapat bahawa nama Safar diambil daripada

nama sebuah kawasan, iaitu al-Safariyyah. Pendapat

lain pula menyatakan bahawa ia diambil daripada

nama pasar al-Safariyyah yang terletak di selatan

Semenanjung Tanah Arab, iaitu di Yaman. Orang

Arab sering berulang-alik ke pasar tersebut untuk

menjalankan aktiviti perniagaan.

UMUM 
SUWARNABHUMISUWARNABHUMI, rujuk orang India kepada Kepulauan Melayu yang dikatakan menghasilkan banyak emas. ‘Suwarnabhumi’ adalah perkataan Sanskrit yang bermaksud Bumi Emas. Bagi sebahagian besar sejarawan, kawasan yang dikenal sebagai Suwarnabhumi ini sama dengan kawasan yang dipanggil Suwarnadwipa (Pulau Emas) yang terdapat dalam beberapa buah prasasti dan karya sastera India. Sesetengah sejarawan berpendapat Suwarnabhumi atau Suwarnadwipa itu merujuk khusus kepada Pulau Sumatera. Ada pendapat lain yang menyatakan bahawa tidak semestinya Sumatera kerana pada masa itu pengetahuan orang India tentang Kepulauan Melayu ini tidaklah begitu  lengkap untuk mengetahui perbezaan antara pulau-pulau yang terdapat di sana. Di samping itu, penulis Arab juga berpendapat perkataan Suwarnabhumi (Suwarnadwipa) itu merujuk kepada keseluruhan Kepulauan Melayu. Al-Biruni mengatakan bahawa kepulauan Zabaj yang disebut oleh orang Arab itu dipanggil oleh orang Hindu (India) sebagai ‘Surawn dib’ (Pulau Emas).SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
123

Kembali ke atas