SIBERIA | Siberia merupakan sebuah rantau yang luas dan kurang berpenduduk, terletak di bahagian utara Asia. Siberia terletak di dalam Rusia, dan membentuk kira-kira 75 peratus daripada keluasan Rusia, tetapi hanya 20 peratus daripada penduduk Rusia yang mendiaminya. Sebahagian besar kawasan ini diliputi salji dan ais selama kira-kira enam bulan dalam setahun. Suhunya kadangkala berada di bawah –68° C. | UMUM | |
SILESIA | Silesia ialah wilayah di barat daya Poland, timur Jerman, dan bahagian utara Republik Czech. Kawasan yang termasuk di dalamnya ialah bahagian hulu Lembah Sungai Oder dan Gunung Sudetes. Silesia meliputi kawasan seluas 49 000 kilometer persegi dan berpenduduk kira-kira 10 000 orang. Katowice dan Wroclaw, Poland merupakan bandar utamanya. | UMUM | |
SUNGAI IRRAWADDY | Sungai Irrawaddy yang juga dieja Irawadi ialah sungai utama di Myanmar. Sungai ini mengalir kira-kira 2000 kilometer ke arah selatan melalui beberapa pemandangan yang amat menarik di negara tersebut. Sungai Irrawaddy berpunca dari kawasan tinggi dan berbatu-batan di bahagian utara Myanmar. Ia mengalir melalui kawasan yang berpenduduk padat sehingga ke kawasan sawah padi yang luas. Di sana, Sungai Irrawaddy memasuki Teluk Benggala melalui banyak muara yang membentuk suatu delta tanah ladang yang subur. | UMUM | |